"Kaedah Mudah Untuk Bertutur Bahasa Arab Serta Memahami Bacaan Solat & Doa Khusus Buat Golongan Profesional Yang Tiada Masa Untuk Ke Kelas!"

Panduan Belajar Bahasa Arab

Siri 1

Panduan Belajar Bahasa Arab

Siri 2

Panduan Belajar Bahasa Arab : Komunikasi Cepat & Mudah

Siri 3


Ketahui bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Arab dengan mudah melalui Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab ini. Kaedah pembelajaran yang sangat praktikal dan berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab.
 

Anda mungkin mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Arab. Namun, niat anda mungkin terbantut disebabkan oleh masalah-masalah yang anda alami seperti:-
  • Tidak tahu dimana tempat yang mengadakan kelas belajar Bahasa Arab.
  • Jadual kelas pembelajaran yang mungkin tidak sesuai dengan masa anda serta selalu bertembung dengan aktiviti harian anda yang lain.
  • Yuran kelas yang agak mahal.
  • Suasana pembelajaran yang mungkin kurang selesa.
  • Tidak mempunyai buku rujukan yang tepat dan bersesuaian.
  • Sistem pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak bersistematik.
  • Tidak menjumpai tenaga pengajar yang sanggup membimbing anda hingga berjaya.
  • dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja niat anda untuk mempelajari Bahasa Arab.

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan serba sedikit latar belakang saya.

Saya adalah Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor, Kampus Segamat. Berpengalaman berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Univerisiti Al al-Bayt Jordan.

Saya tidak mendakwa diri saya sebagai pakar, tetapi saya tahu apa yang diingini oleh pelajar-pelajar terutamanya dari kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. Yang paling penting, saya tahu sistem pembelajaran Bahasa Arab apa yang praktikal dan boleh difahami dengan mudah oleh rakyat Malaysia. Ini kerana saya telah berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 15 tahun kepada umum sejak 1999. Segala apa yang saya usahakan ini juga sebenarnya adalah untuk memenuhi permintaan ramai dan tanggungjawab saya untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak sekadar di Institusi Pengajian Tinggi sahaja.

Untuk mempelajari Bahasa Arab, anda perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas dan pendekatan yang paling mudah. Cara mempelajarinya pula adalah melalui orang yang berpengalaman, dan tahu segala aspek tentang pengetahuan ini.

Yang Benar


USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
 

Tahukah anda?

  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .

  • Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri! Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
  • Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.
  • Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.
  • Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk!

Kini, ada cara mudah untuk mempelajari Bahasa Arab.

Bukan lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak kira apa saja profesion anda. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat, di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak untuk pergi ke kelas-kelas semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.

Mudah sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui Ebook saya “PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB”.

PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 1 )
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 120 ms
Harga: RM90.00

Sinopsis : Ebook ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab. Setiap tajuk di dalam ebook ini, akan diterangkan dengan jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Setiap perkataan Arab akan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan dinyatakan penggunaannya yang betul.

Segala pelajaran yang diterangkan akan disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 2 )
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 120 ms
Harga: RM90.00

Sinopsis : Ebook ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab sebagai lanjutan daripada Ebook Siri 1. Ia mengekalkan keadah penerangan yang jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat lebih banyak perkataan-perkataan Bahasa Arab yang digunakan dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu berserta penggunaannya yang lebih terperinci.

Pelajaran-pelajaran dan kaedah-kaedah baru di dalam Ebook Siri 2 ini disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 3 ) :
KOMUNIKASI CEPAT & PANTAS
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 160 ms
Harga: RM120.00

Sinopsis : Ebook ini mengandungi ayat-ayat ringkas Bahasa Arab yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Ia adalah 100% praktikal untuk anda menguasai kemahiran perbualan dalam Bahasa Arab melalui soalan dan jawapan dan dialog yang mudah.

Setiap satu soalan dialog akan disertakan dengan pelbagai kaedah jawapan. Ini bertujuan agar pelajar dapat mengembangkan idea untuk menjawab sesuatu soalan, dan tidak hanya terikat dengan satu jawapan. Ia dipermudahkan dengan transliterasi, makna dan gambar berwarna.

CONTOH ISI KANDUNGAN EBOOK SIRI 3

 

 

TEMPAH DI SINI SEKARANG UNTUK MULA MENGUASAI BAHASA ARAB

Ebook ini juga akan mengajar anda perkataan-perkataan asas Bahasa Arab dan ayat-ayat yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian. Ia amat mudah dipraktikkan dan boleh dijadikan panduan berkomunikasi yang cukup efektif.

Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini akan menjadi panduan anda terutama yang begitu berminat untuk mempelajari Bahasa Arab. Anda boleh mendapatkannya pada bila-bila masa sahaja, tak kira dimana sahaja anda berada.

Dengan ini, izinkan saya membawa anda ke alam pembelajaran Bahasa Arab dengan cara yang anda inginkan, mudah, berkesan, sistematik dan praktikal. Izinkan saya membimbing anda sehingga anda boleh menguasai pengetahuan ini dan dapat menggunakannya untuk keperluan diri anda seharian.

Antara kandungan di dalam Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini :

  • Anda dapat mengenal huruf-huruf Bahasa Arab, sebutannya dan cara penulisannya yang betul.
  • Latihan yang praktikal di dalamnya dapat memahirkan anda menulis dengan betul menggunakan tanda baris yang sesuai.
  • Anda dapat mengetahui dan mempraktikkan ayat-ayat penting Bahasa Arab dalam komunikasi seharian.
  • Ciri-ciri dan pecahan-pecahan perkataan Bahasa Arab akan lebih jelas dan mudah anda fahami.
  • Anda dapat mengelakkan kekeliruan di dalam penggunaaan gantinama Bahasa Arab serta dapat mengaplikasikannya dengan pantas melalui contoh-contoh dan latihan-latihan yang komprehensif
  • Struktur pembinaan ayat Bahasa Arab yang betul akan dapat anda pelajari dengan teratur melalui penerangan yang terperinci.

Apakah kelebihan-kelebihan yang akan anda perolehi daripada Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini? :

  Ia ditulis di dalam Bahasa Melayu untuk menjadikannya ebook panduan paling mudah dan berkesan serta laris di pasaran.

  Ia ditulis oleh pensyarah yang telah berpengalaman luas mengajar Bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi lebih 12 tahun.

Ia memberi gambaran jelas tentang Bahasa Arab serta penggunaanya dalam kehidupan seharian.

  Ia memberikan ilmu pengetahuan serta asas-asas dalam pelajaran Bahasa Arab dengan bahasa yang ringkas dan paling mudah difahami oleh semua.

  Setiap pembaca ebook panduan ini akan dapat memantapkan lagi penghayatannya terhadap isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering dibaca setiap hari dan ia semestinya menjadi rujukan utama kepada setiap pengguna ilmu pengetahuan yang berteraskan bahasa.

  Ebook panduan ini amat baik dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja dalam mengejar impian mempelajari Bahasa Arab berdasarkan teknik-teknik yang betul.

  Padat dengan latihan-latihan yang komprehensif. Setiap penerangan disertakan dengan contoh-contoh mudah, jelas dan senang difahami.

  Ia dapat menjawab segala persoalan anda yang tidak dapat diselesaikan selama ini terutama bagi mereka yang sedang mempelajari Bahasa Arab. Sudah pasti ia menepati dan dapat memenuhi kehendak pembelajaran anda.

  Ebook panduan mudah ini adalah pelengkap bagi setiap orang yang ingin mempelajari Bahasa Arab secara teratur dan menyeluruh. Ia amat sesuai digunakan untuk rujukan setiap pelajar dan sesiapa sahaja serta boleh mempelajarinya dengan tenang.

  Ia boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak-anak anda belajar Bahasa Arab sejak kecil lagi di rumah anda sendiri. Anda boleh membantu anak-anak anda mempelajari Bahasa Arab menggunakan ebook panduan ini.

  Bagi golongan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajar ke luar negeri perlu mendapatkan ebook panduan ini. Dengan adanya ebook panduan ini, anak-anak anda akan dapat menguasai Bahasa Arab dengan mudah sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

  Ia juga penting untuk bakal-bakal haji yang akan mengerjakan haji atau mereka yang berhajat untuk melancong atau yang ditugaskan ke negara-negara Timur Tengah. Pengetahuan berbahasa Arab adalah merupakan satu kelebihan kepada mereka apabila berada di sana.

  Ebook panduan ini juga menjadi pencetus kepada bidang-bidang kajian ilmu yang lebih luas seperti ilmu tafsir dan seterusnya mengingkatkan penghayatan setiap pembaca terhadap tanda-tanda kebesaran Allah.

  Kerana itu, ebook panduan ini dapat memenuhi apa yang diinginkan oleh orang-orang melayu dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya walaupun tiada asas langsung di dalam Bahasa Arab.

  Ia adalah kesinambungan daripada usaha-usaha ulama' terdahulu yang mengorbankan masa dan tenaga demi menyebarkan penggunaan Bahasa Arab ke seluruh dunia.

  Semestinya ia menjimatkan masa dan tenaga.

Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan ilmu pengetahuan Bahasa Arab kepada anda semua, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama menambah ilmu di dada dan seterusnya menjadi bekalan kita di kemudian hari!.

Apa Kata Mereka?...

“Saya mula mempelajari Bahasa Arab secara bersendirian sejak 3 tahun lepas, tetapi saya rasakan saya masih lagi tidak dapat menguasai dan memahaminya dengan jelas. Saya hampir berputus asa. Tetapi syukurlah! Saya menjumpai Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab dari pencarian saya di Internet ini. Sukar nak percaya… selepas 1 bulan, saya sudah mula berkeyakinan untuk bertutur di dalam Bahasa Arab!”.

Khairul Anwar Yahaya, 31 tahun – Bangi, Selangor

   

“Sudah berbagai-bagai jenis buku Bahasa Arab yang saya beli di pasaran, dan sudah berbagai-bagai program pembelajaran online yang saya ikuti, tetapi jarang saya berjumpa panduan yang boleh menerangkan pembelajaran Bahasa Arab di dalam Bahasa Melayu, dan saya masih tercari-cari panduan itu, kerana bagi saya, penerangan di dalam Bahasa Melayu amat penting dan akan lebih saya fahami. Alhamdulillah akhirnya saya berjumpa dengan Ebook Panduan ini dan ia benar-benar telah dapat membantu saya untuk memahami perkataan-perkataan di dalam Al-Quran! ”.

Azlina Wahab, 29 tahun – Seremban, Negeri Sembilan

   

“Saya memang kenal Ustaz Abd Rahman. Saya pernah belajar dari beliau di Universiti dulu. Beliau mempunyai kepakaran di dalam pengajaran Bahasa Arab kepada umum. Saya sentiasa memberi cadangan kepada beliau untuk menulis ebook panduan di dalam Bahasa Melayu yang boleh memberikan kefahaman yang sebenar kepada pelajar-pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Arab. Tak sangka pula, beliau mengambil berat tentang perkara ini dan beliau telah memenuhi permintaan kami dan mungkin permintaan seluruh rakyat Malaysia yang menunggu-nunggu kemunculan ebook panduan ini. Dengan adanya ebook panduan ini, mudah-mudahan ia akan memberikan kemudahan kepada semua dan sesungguhnya ia adalah sumbangan paling berharga beliau kepada anak bangsa! ”.

Mohd Kamil bin Jaafar, 25 tahun – Shah Alam, Selangor

Jadi! Usah berlengah lagi! Buat pesanan anda sekarang!…

Hanya RM90 sahaja untuk "Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab" yang sukar anda perolehi di pasaran terbuka! Cepat! Dapatkan salinan anda sekarang juga!.

OPS! Nanti Dulu! Dengan pembelian Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini, anda akan mendapat ganjaran istimewa dari saya:

Keahlian EKSKLUSIF dalam FORUM BelajarBahasaArab .com!

  • Forum ini adalah eksklusif untuk ahli sahaja!
  • Dalam forum ini, anda mempunyai kelebihan untuk mengajukan apa sahaja isu berkaitan pembelajaran Bahasa Arab. Tanyalah apa sahaja, kita akan membincangkannya bersama-sama.
  • Berkongsi cerita, atau apa sahaja pengalaman anda di dalam mempelajari Bahasa Arab.

Lebih hebat lagi…

  • Anda berpeluang untuk berkomunikasi sesama ahli-ahli forum yang lain dan dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi…

Lebih ramai, lebih meriah, lebih berkesan!

“Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya” Maksud Hadis

“Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat” Maksud Hadis

Jika Berminat! Sila pilih salah satu kaedah pesanan dibawah!

 

Klik Sini Untuk Menempah "Belajar Bahasa Arab"
Siri 1 & 2 Untuk Hanya RM180

Klik Sini Untuk Menempah "Belajar Bahasa Arab" Siri 1 Sahaja - RM90
Klik Sini Untuk Menempah "Belajar Bahasa Arab" Siri 2 Sahaja - RM90
Klik Sini Untuk Menempah "Belajar Bahasa Arab" Siri 3 Sahaja - RM120