03.19.07

Pertanyaan

Posted in Pertanyaan at 5:12 am by Al-Ustaz

Pelajar-pelajar boleh bertanya apa saja soalan mengenai pembelajaran Bahasa Arab di dalam ruangan ini. Insyaallah ustaz akan membantu anda semua. Klik pada ‘komen’ untuk bertanya.

Syukran.

Ustaz Abd Rahman

03.15.07

Berkerja

Posted in Pembelajaran at 2:14 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

اَنَا أَعْمَلُ فِيْ الإِدَارَةِ

Ana a’malu fil idaarah

Maknanya : Saya berkerja di pejabat

Terjemahan perkataan :

اَنَا  (ana) – saya

  أَعْمَلُ (‘amalu) – berkerja

 فِيْ  (fii) – di

الإِدَارَةِ (al-idaarah) – pejabat

Cuba anda tuliskan ayat seumpana ayat di atas. Contohnya saya berkerja di sekolah, saya berkerja di rumah, saya berkerja di hospital dan sebagainya.

Bercakap Arab

Posted in Pembelajaran at 2:07 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

هَيَا بِنَا نَتَكَلَّمُ العَرَبِيَّةَ

Hayaa binaa natakallamul ‘arabiyyah

Maknanya : Mari kita bercakap Arab

Terjemahan perkataan :

هَيَا  (hayaa) – mari

 بِنَا  (binaa) – kita

نَتَكَلَّمُ  (natakallamu) – bercakap

العَرَبِيَّةَ (al-’arabiyyah) – arab

Cuba anda tuliskan ayat seumpama ayat di atas. Contohnya, mari kita pergi ke masjid, mari kita membaca al-quran dan sebagainya.

Hari

Posted in Pembelajaran at 1:59 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

اليَوْمُ يَوْمُ الخَمِيْسِ

Alyaum yaumul khamiis

Maknanya : Hari ini hari khamis

Terjemahan perkataan :

اليَوْمُ   (al-yaum) – hari ini

 يَوْمُ   (yaum) – hari

  الخَمِيْسِ (al-khamis) - khamis

Cuba anda tuliskan ayat seumpama ayat di atas. Contohnya, hari ini hari isnin, hari ini hari rabu, hari ini hari raya, hari ini hari cuti dan sebagainya.

Memasak

Posted in Pembelajaran at 1:53 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

تَطْبَخُ الأُمُّ الطَّعَامَ

Tatbakhul ummut to’aam

Maknanya : Ibu memasak makanan

Terjemahan perkataan :

تَطْبَخُ   (tatbakhu) – memasak

 الأُمُّ  (al-ummu) – ibu

 الطَّعَامَ (at-to’aam) – makanan

Cuba anda tuliskan ayat seumpama ayat di atas. Contohnya, ibu memasak nasi, ibu menggoreng telur dan sebagainya.

Cuaca

Posted in Pembelajaran at 1:45 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

الجَوُّ حَارٌّ جِدًّا

Al jawwu haar jiddan

Maknanya : Cuaca panas sangat

Terjemahan perkataan :

الجَوُّ  (al-jawwu) – cuaca

  حَارٌّ   (haar) – panas

  جِدًّا (jiddan) – sangat

Cuba anda tuliskan ayat seumpama ayat di atas. Contohnya air ini sangat sejuk dan sebagainya.

03.13.07

Perkhidmatan

Posted in Perkhidmatan at 3:12 am by Al-Ustaz

Antara perkhidmatan yang ustaz tawarkan ialah :

1. Ahli Panel

Ustaz sedia dipanggil untuk menjadi ahli panel samada berbentuk forum ilmiah, diskusi, panel juri dan sebagainya bagi menjayakan apa juga program yang dijalankan samada berbentuk perbincangan, bengkel, kursus, workshop, seminar, konference dan sebagainya.

2. Ceramah / Motivasi

Ustaz menawarkan perkhidmatan untuk mengadakan ceramah-ceramah  ilmiah  samada di universiti, institusi, kolej, sekolah, organisasi, office, surau, masjid, di tempat kediaman, atau di mana sahaja di seluruh negara. Ceramah yang boleh disampaikan adalah yang berbentuk ilmiah atau motivasi. Ustaz juga menawarkan seminar khas kecermelangan pelajar dalam subjek bahasa arab di sekolah-sekolah seluruh negara.

3. Host / Tetamu

Ustaz juga sedia dipanggil sebagai host untuk menjayakan program anda atau dijemput sebagai tetamu untuk ditemubual di dalam apa jua program untuk kebaikan masyarakat, agama dan bangsa.

4. Kursus Bahasa Arab Organisasi

Untuk organisasi yang ingin mengadakan Kursus Bahasa Arab di hotel-hotel, pejabat-pejabat, syarikat-syarikat, agensi-agensi, konsultansi-konsultansi, sekolah-sekolah, akademi, pusat-pusat pembelajaran, surau-surau atau masjid-masjid ustaz sedia menawarkan perkhidmatan ini kepada anda.

5. Terjemahan

Untuk syarikat-syarikat dan individu yang inginkan perkhidmatan penterjemahan untuk produk-produk, buku-buku, bahan-bahan ilmiah, pengalih bahasa, skrip rancangan televisyen, berita, dan sebagainya bolehlah menghubungi ustaz. Terjemahan yang ditawarkan ialah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab.

6. Lain-lain perkhidmatan 

Ustaz juga menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menjayakan apa sahaja program dan keperluan anda seperti mengajar subjek agama islam, mengajar tajwid, kursus haji, upah haji, wakil travel agensi, penulis artikel, ruangan pembelajaran di majalah, suratkhabar, jemputan radio dan televisyen, duta produk, penasihat kewangan islam, rancangan-rancangan berbentuk motivasi dan keagamaan, penerbitan program Belajar Bahasa Arab di radio atau televisyen dan sebagainya.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi :

Ustaz Abd Rahman bin Jamaan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

admin@belajarbahasaarab.com

No.Tel : 019-3067315

 

03.05.07

Kuiz Ringkas-4

Posted in Kuiz at 3:23 am by Al-Ustaz

Terjemahkan ayat Bahasa Melayu berikut kepada Bahasa Arab :

“Beritahu saya mengenai aktiviti harian kamu”

Sila terjemahkan ayat tersebut ke dalam Bahasa Arab. Tuliskan dalam tulisan arab atau rumi. Ustaz akan semak jawapan anda semua. Wa syukran.

Belajar Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 3:15 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

عَلَيْكُمْ أَنْ تَتَعَلَّمُوْا العَرَبِيَّةَ

‘Alaikum an tata’allamul arabiyyah

Maknanya : Kamu mestilah mempelajari Bahasa Arab

Terjemahan perkataan :

عَلَيْكُمْ (‘alaikum) – kamu mestilah

أَنْ (an) – *tiada makna

 تَتَعَلَّمُوْا (tata’allamuu) – mempelajari

العَرَبِيَّةَ (al-’arabiyyah) - bahasa arab

Kita mestilah mempelajari Bahasa Arab. Ia merupakan fardu kifayah ke atas setiap umat islam. Mempelajari Bahasa Arab akan menolong kita untuk memahami ayat-ayat Al-Quran dan doa yang selalu kita baca seharian. Menjadi satu kerugian sekiranya kita tidak mempelajari Bahasa Arab. Ambillah peluang yang ada sekarang ini untuk mempelajari Bahasa Arab, samada melalui blog ustaz, Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab, ataupun menghadiri Kursus Bahasa Arab. Semoga impian anda untuk mempelajari Bahasa Arab akan tercapai dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh.

Zikrullah

Posted in Pembelajaran at 3:01 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

لاَ تَنْسَوْا ذِكْرَ اللهِ

Laa tansau zikrallah

Maknanya : Jangan kamu lupa untuk mengingati Allah

Terjemahan perkataan :

لاَ   (laa) – jangan

 تَنْسَوْا   (tansau) – kamu lupa

  ذِكْرَ  (zikra) – mengingati

اللهِ (Allah) – Allah

Setiap detik, saat dan ketika, kita perlu mengingati Allah. Dalam apa jua keadaan sekalipun, susah, senang, sakit, sihat, waktu sibuk, waktu lapang, kita perlu mengingati Allah. Lidah kita perlu sentiasa berzikir mengingati Allah. Hati kita perlu sentiasa berdetik mengingati Allah. Darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga perlu diisi dengan zikrullah (maksudnya zikir yang kita amalkan selalu akan menjadi darah daging kita). Apabila kita sentiasa mengingati Allah, maka mudahlah kita untuk mengucapkan kalimah LAILAAHAILLALLAH ketika kita hendak mati nanti. Sekiranya kita jauh dari mengingati Allah, maka lidah kita akan sukar dan kelu untuk mengucapkan kalimah tersebut.

« Previous Page« Previous entries « Previous Page · Next Page » Next entries »Next Page »