07.20.06

Solat Jumaat Berjemaah

Posted in Pembelajaran at 4:44 pm by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

 سَنُصَلِّيْ صَلاَةَ الجُمْعَةِ جَمَاعَةً هَذَا اليَوْمَ

Sanusollii solaatal jum’ati jamaa’atan hadzal yaum

Maknanya : Kita akan bersolat Jumaat berjemaah pada hari ini

Terjemahan perkataan :

سَنُصَلِّيْ - kita akan bersolat

صَلاَةَ الجُمْعَةِ - solat jumaat

جَمَاعَةً - berjemaah

هَذَا - ini

 اليَوْمَhari

Semoga hari jumaat yang berbahagia ini, yang penuh dengan keberkatan, penghulu segala hari, dapat kita tambahkan amalan kebaikan kita dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk ke jalan yang diredhaiNya serta memperkenankan hajat kita untuk menjadi muslim mukmin yang berilmu.

10 Comments »

  1. Nizar said,

    July 21, 2006 at 1:37 am

    Semoga usaha Ustaz ini dapat dimanafaatkan…

  2. Al-Ustaz said,

    July 21, 2006 at 1:42 am

    Syukran jazilan ya Nizar

  3. hadri said,

    July 21, 2006 at 1:48 am

    Boleh besarkan sedikit tulisan jawi itu ?

    Boleh tak lepas ustaz tulis ayat arab dan maksudnye, sekali lagi ustaz tulis maksud bagi setiap perkataan. Jika begitu mudah untuk saya memahami tiap2 satu perkataan dan menggabungkannya.
    Terima kasih

  4. Al-Ustaz said,

    July 21, 2006 at 11:49 pm

    Insyaallah, ustaz akan terjemahkan satu-satu perkataan itu supaya mudah pelajar2 memahami dan menggabungkannya, tentang tulisan arab tu insyaallah ustaz akan besarkan.

  5. omar satari said,

    October 2, 2006 at 6:40 am

    maaf uztas. dah lama tak buka website ni. kesibukan sikit. insyaallah akan mengikuti perkembangan agar dapat belajar bahasa

  6. Al-Ustaz said,

    October 2, 2006 at 6:59 am

    Sedikit demi sedikit, insyaallah berjaya, syukran jazilan

  7. rosman said,

    April 21, 2009 at 3:55 am

    ustat org tanya saya sejarah boleh jadi solat jumaat tu sila jawab

  8. Al-Ustaz said,

    April 21, 2009 at 4:12 am

    rosman :

    Apabila dtg perintah Allah untuk menunaikan solat, maka umat islam keseluruhannya diwajibkan menunaikan solat, termasuk solat jumaat. Perintah Allah ditelah disampaikan kepada Nabi Muhammad sewaktu peristiwa isra` dan mi`raj, Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kitab-kitab fiqah dan fardhu `ain.

  9. razali said,

    May 18, 2009 at 4:18 pm

    ustaz saya meminati bahasa arab komunikasi, bagaimana cara dan tahap mana perlu saya mulakan

  10. Al-Ustaz said,

    June 1, 2009 at 3:48 am

    razali :

    Untuk memulakan pembelajaran Bahasa Arab komunikasi, beli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab. Ia mengandungi segala maklumat asas Bahasa Arab dan dapat membantu anda mempelajarinya dengan mudah dan pantas. Untuk membeli, bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578. Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.

    -Ustaz Abd Rahman bin Jamaan

Leave a Comment