07.17.06

Komunikasi Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 4:34 am by Al-Ustaz

Saya menyedari, ramai yang meminati untuk mempelajari Bahasa Arab. Semua yang mempelajarinya mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Ada yang ingin berkomunikasi, ada yang ingin mendalami makna-makna di dalam Al-Quran, ada yang ingin membuat persediaan untuk ke Mekah, ada yang ingin menambahkan pengetahuan dan sebagainya. Inilah semangat yang saya inginkan, semoga perjalanan kita untuk menimba ilmu akan dipermudahkan oleh Allah. Saya suka untuk berkongsi pendapat dan sama-sama berbincang tentang apa sahaja berkenaan penggunaan Bahasa Arab terutamanya di Malaysia.

Maka, di dalam blog saya ini, saya akan tuliskan satu ayat di dalam Bahasa Arab untuk kegunaan kita seharian. Anda boleh menggunakannya dlm kehidupan anda dan juga di dalam komunikasi anda dengan sesiapa sahaja.

Ayat untuk hari ini :

أَهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَبًا بِكُمْ

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Maknanya : Selamat datang kepada anda semua

Terjemahan ayat :

أَهْلاً وَسَهْلاً - jadilah ahli dan bersenang-senanglah (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang”)

وَ - dan

 مَرْحَبًا بِكُمْalu-aluan kepada anda semua (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang” atau “hai”)

Semoga anda dapat mempraktikkan ayat ini kepada sesiapa sahaja terutama apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali.

 

19 Comments »

  1. iwan said,

    July 20, 2006 at 11:34 pm

    akum, ustaz boleh tak tolong i`rab setiap potongan ayat tu…tujuan saya sekurang2nya ada dua peringkat yang boleh belajar…golongan mula nak belajar dan golongan pertengahan…pas tu bagi ruangan untuk sahabat kita yang lain yang mahir jugala bincang sesuatu ayat yang dibawa (i`rab)

  2. Al-Ustaz said,

    July 21, 2006 at 1:48 am

    Insyaallah, ustaz akan i’rabkan, tetapi dengan i’rab yang simple sahaja, untuk memudahkan pemahaman pelajar, i’rab yang terperinci ustaz terangkan dlm ebook panduan ustaz.

  3. pyan said,

    August 28, 2006 at 8:56 am

    alhamdullillah ustaz, saya semakin memahami dan berminat belajar bahasa arab . saya harap ustaz dapat membuat lebih terperinci untuk semua peringkat.

  4. Al-Ustaz said,

    August 28, 2006 at 11:41 pm

    Alhamdulillah, semoga anda sentiasa minat untuk mempelajari Bahasa Al-Quran

  5. murni syakirah said,

    April 11, 2007 at 5:50 am

    Assalamualaikum,ya ustaz.Ismi Murni Syakirah Musa.Ana skrg sedang belajar di Universiti Darul Iman M’sia,jurusan diploma bahasa dan kesusasteraan arab sem 2.Ana amat berminat untuk mendalami dan meneroka bidang ini dengan lebih mendalam.Ana mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar,Mesir.Moga ustaz dpt memberi tunjuk ajar dan bimbingan kpd ana untuk teruskan kecemerlangan dalam bidang bahasa arab.

  6. Al-Ustaz said,

    April 11, 2007 at 6:45 am

    wa’alaikumussalam,
    ustaz akan sentiasa membantu, membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada anda dlm pembelajaran Bahasa Arab. Semoga impian anda untuk melanjutkan pelajar ke Mesir akan tercapai.

  7. mikeshinoda said,

    December 21, 2007 at 6:42 am

    Assalamualaikum Ya ustaz..

    Saya sgt berminat belajar bahasa arab komunikasi

    ustaz sudah membuka kelas pada 11november 2007 kan?

    bagaimana sy ingin menyertai kelas ini?di mana kelas ini?

  8. Al-Ustaz said,

    December 26, 2007 at 11:34 pm

    mikeshinoda :

    untuk menyertai kelas ini, sila daftar di :

    http://www.belajarbahasaarab.com/kursus

  9. murni syakirah said,

    January 6, 2008 at 8:15 am

    Assalamualaikum,ustaz.ustaz,Allahu yakhruju an-nasa minazhulumaati ilannuri walakin ba’dhunnasa yakhruju nafsahum minannuri ilazhulumaati..betul tak ayat ni?

  10. Al-Ustaz said,

    January 6, 2008 at 9:08 am

    murni syakirah :

    ubahkan perkataan ‘yakhruju’ kepada ‘yukhriju’

  11. Hasif said,

    April 27, 2008 at 5:07 am

    Boleh tak bantu saya dlm bahasa arb tingkatan 2

  12. Al-Ustaz said,

    April 28, 2008 at 12:20 am

    hasif :

    boleh, insyaallah ust akan bantu anda, kalau ada pertanyaan, bolehlah beritahu pada ust.

  13. asma said,

    May 28, 2008 at 12:52 am

    salam..ustaz,ana nak belajar bhs arab berguru dgn ustaz.bgaimana caranya untuk ana memulakan pelajaran dalam ilmu ini..

  14. Al-Ustaz said,

    May 28, 2008 at 1:12 am

    asma :

    Utk memulakan pelajaran Bahasa Arab, anda perlu kuasai asas-asas Bahasa Arab. Beli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab ustaz, ia mengandungi segala maklumat asas yang anda perlukan. Ia disusuli dengan latihan utk anda praktikkan.

    Untuk membeli, bank in RM50 (Siri 1) / RM100 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578.

    Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.

    Syukran.

  15. Nurhaini Yudin said,

    August 2, 2008 at 11:32 am

    Salam Ustaz..

    Terimakasih atas kesudian ustaz membuka blog seperti ini…
    Saya sangat suka belajar bahasa arab, tapi saya ada masalah
    menulis dalam bahasa arab. Ustaz, boleh tak bagitahu sadikit tips untuk
    mahir dalam tulisan bahasa arab. ?

    Syukran ya ustaz..

  16. Al-Ustaz said,

    August 4, 2008 at 1:22 am

    Nurhaini Yudin :

    utk mahir dlm tulisan tak dapat tidak anda mestilah sentiasa memperbaiki tulisan yang ada dari semasa ke semasa atau anda boleh berpandukan kepada buku tulisan jawi untuk menantapkan tulisan anda.

  17. hafiz said,

    April 16, 2011 at 1:45 am

    good

  18. anor hussin said,

    January 4, 2012 at 2:08 pm

    assallamualaikum,ustaz

  19. Al-Ustaz said,

    January 4, 2012 at 10:58 pm

    anor hussin:

    wa’allaikumussalaam, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Leave a Comment