11.19.08
Tips Belajar Bahasa Arab
Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.
Ada juga yang bertanya “Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tips mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?”Sehubungan itu, penulis inigin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.
Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima.
Dengan ertikata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat Al-Quran dan al-Hadis. Pendekatan belajar mudah bahasa Arab ini menggabungkan beberapa elemen penting dan beberapa konsep unik yang kita abaikan sebelum ini. Antara konsep itu ialah:
Pertama : Konsep Memanfaatkan Kelebihan Memiliki Kata Pinjaman.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab.
Dalam peperiksaan Bahasa Arab SPM, calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya sangat senang kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini.
Untuk itu, satu kaedah baru telah diperkenalkan yang diberi nama MUKADDAM. Kaedah MUKADDADAM ini adalah singkatan (“Membandingkan Unsur-unsur Kalimah Arab Dengan Dialek Alam Melayu”). Ia adalah satu pendekatan mudah belajar bahasa Arab terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sudah menguasai Bahasa Melayu. Konsep yang ingin diketengahkan sebenarnya cukup mudah.
Setiap hari cuma satu kata pinjaman sahaja yang akan dihuraikan, digunakan dan dipraktikkan. Inilah yang dikatakan, sehari sehelai benang, lama-kelamaan menjadi selembar kain. Begitu juga dalam konteks belajar bahasa Arab yang mudah ini. Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan “as-hala qamusin”. Apa yang dimaksudkan dengan “as-hala qamusin” ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami.
Kedua : Konsep Zikrullah
Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawaban yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar saudara?” Jawabannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya baik dan alhamdulillah”.
Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawaban “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.
Ketiga : Konsep Panggilan Mesra
Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya… (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.
Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.
Keempat : Konsep Intonasi
Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.
Sebagai contohnya perkataan “La” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “la” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.
Kelima : Konsep Bahasa Badan
Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.
Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru.
Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?
Keenam : Konsep Pengukuhan Dengan ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmat
Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklumi, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikamt dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.
Sehubungan itu kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.
Untuk memudahkan anda belajar bahasa arab, beli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab di www.belajarbahasaarab.com, untuk membeli bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578. Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz melalui email admin@belajarbahasaarab.com dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
Ustaz Abd Rahman bin Jamaan
wen said,
April 2, 2009 at 3:52 pm
saya ada soalan ustaz.. “saya terpaksa pergi sekarang’ dlm bahasa arab.. harap ustaz boleh beri jwapan. terima kasih.
Al-Ustaz said,
April 2, 2009 at 10:56 pm
wen :
‘alaiyyadzzihaab al aan’
nor said,
April 26, 2009 at 6:54 am
hal yajuzu an naqul (ba’dho hazihil hayawanat alifun)? limaza ya ustaz.
syukran.
Al-Ustaz said,
April 26, 2009 at 7:46 am
nor :
na’am yajuz li’annahu khobar
mohd syazwan said,
May 12, 2009 at 1:25 pm
ustaz saya belajar bahasa arab di tingkatan 1 wajar kah saya membeli kamus elektronik untuk melancarkan bahasa arab saya
aishah said,
May 28, 2009 at 4:29 pm
Salam. Klu org yg tak ada asas langsung dlm. bahasa Arab boleh ke berjaya spt org yg bersekolah Arab kalau guna buku panduan yg ustaz iklankan tu? Biasanya dlm sesuatu pembelajaran, seseorg tu mestiada basic.
Al-Ustaz said,
June 1, 2009 at 3:39 am
mohd syazwan :
ya, wajar anda membeli kamus tersebut untuk membanyakkan vocab bahasa arab dan beli ebook panduan belajar bahasa arab. Ia dapat membantu anda mempelajari Bahasa Arab dengan mudah. Untuk membeli, bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578. Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
-Ustaz Abd Rahman bin Jamaan
Al-Ustaz said,
June 1, 2009 at 3:40 am
aishah :
Insyaallah boleh, ebook Panduan Belajar Bahasa Arab yang ustaz tulis adalah untuk pelajar-pelajar yang tiada basic Bahasa Arab. Ia mengandungi segala maklumat asas Bahasa Arab dan dapat membantu anda memahaminya dengan mudah. Untuk membeli, bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578. Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
-Ustaz Abd Rahman bin Jamaan
farah said,
June 29, 2009 at 12:41 pm
salam ustaz…ustaz boleh g tau saya kata-kata hikmat dalam bahasa arab x..
Al-Ustaz said,
June 29, 2009 at 10:48 pm
farah :
kata-kata hikmat = alhikam (الحكم)
nor musliyana said,
July 11, 2009 at 10:36 pm
salam ya ustaz……
saya adalah seorang pelajar sekolah menengah…
soalan saya,bagaimana saya ingin membahagikan masa untuk mempelajari bahasa Nabi ini kerana setiap hari saya sibuk engan tugasan yang diberikan oleh guru saya…
harap ustaz dapat membantu
terima kasih….
Al-Ustaz said,
July 11, 2009 at 11:25 pm
nor musliyana :
perlu bersungguh-sungguh dan komitmen yang kuat
ibu tuti said,
July 13, 2009 at 5:44 pm
assalaamu’alaikum
ustadz saya warga indo yang tinggal di qatar. ingin sekali bisa belajar bahasa arab. tapi karna keterbatasan kondisi, saya ingin belajar bahasa arab di rumah saja tampa mengikuti kelas, apakah bisa ustadz.
dan bagaimana caranya agar saya bisa mendapatkan buku E-book bahasa arab tersebut (baik dari biaya buku dan pengiriman) dan apa yang baik untuk katagori saya.( sekedar informasi ustadz,saya masih sangat minim dalam bahasa arab)
jazakalla khoir
Al-Ustaz said,
July 13, 2009 at 10:48 pm
ibu tuti :
Untuk membeli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab, anda boleh gunakan kad kredit. Sila ke :
http://www.belajarbahasaarab.com
dan pergi ke kaedah pembayaran ke-4 iaitu melalui kad kredit. Kemudian tekan butang “BUY NOW” dan isikan maklumat yang diperlukan.
Setelah membuat pembayaran, ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda dan anda boleh terus mempelajarinya melalui komputer dengan mudah.
-Ustaz Abd Rahman
Mohammad said,
July 15, 2009 at 8:06 am
ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
Mana satu harga yg sebenarnya ustaz.
Di atas tertulis RM 50 teatapi di bahagian komen RM 60.
Al-Ustaz said,
July 15, 2009 at 9:12 am
Mohammad :
harga 2 tahun lepas (tahun 2006-2008) RM50, harga sekarang (tahun 2009) RM60
Rosli Abd Wahab said,
July 23, 2009 at 2:49 am
Assalamualaikum Ustaz,
Kalau bayar dengan kredit kad , kenapa dalam USDollar. Dua buku @ USD22-00 = USD44-00 dan mengikut pay pal ia menjadi RM160-37 dan bukannya seperti yang tertera iaitu RM120-00. Minta penjelasan sedikit.
Al-Ustaz said,
July 23, 2009 at 4:44 am
Rosli Abd Wahab :
Kad kredit / pay pal adalah third party, jadi ia ada charge service, elok guna bank tempatan
rose said,
July 27, 2009 at 9:05 am
asssalamualaikum ustaz..kif ya haluk ya ustaz?arju ustaz tusa iduni fi ta’lim lughah arabiah
Al-Ustaz said,
July 27, 2009 at 10:55 am
rose :
insyaallah, ustaz akan sentiasa membantu anda mempelajari Bahasa Arab. Untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Arab anda, beli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab. Ia mengandungi segala maklumat asas Bahasa Arab dan dapat membantu anda mempelajari Bahasa Arab dengan mudah. Untuk membeli, bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578. Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
-Ustaz Abd Rahman
Atikah said,
March 14, 2010 at 9:50 am
Assalamualaikum ustaz…boleh beli online je ker buku tu? xleh beli kat bookstore?
Al-Ustaz said,
March 14, 2010 at 11:24 am
Atikah :
ya, beli terus dari ustaz, bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578.
Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
Syukran.
-Ustaz Abd Rahman
sainul bahri said,
June 20, 2010 at 10:44 am
salam. ustaz camane saya nak masuk belajAR BAHASA arab
berapa bayaran fia tq
sainul bahri said,
June 20, 2010 at 10:45 am
ustaz duduk mana
Al-Ustaz said,
July 6, 2010 at 1:44 am
sainul bahri :
Utk belajar bahasa arab melalui ebook, anda boleh buat bayaran RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578.
Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
Ustaz duduk di segamat, johor.
-Ustaz Abd Rahman
tanusetiawan said,
July 24, 2010 at 4:23 pm
assalamu’allaikum.pak saya pengen bangat belajar bahasa arab biar paseh bangat ni…..tolong saya minta alamatnya…….balas dong.,….dari tanusetiawan.
Al-Ustaz said,
July 24, 2010 at 10:18 pm
tanusetiawan :
Wsalam, untuk memudahkan anda belajar bahasa arab, beli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab. Untuk membeli, anda boleh gunakan kad kredit. Sila ke :
http://www.belajarbahasaarab.com
dan kemudian pergi ke kaedah pembayaran ke-4 iaitu melalui kad kredit. Tekan butang “BUY NOW” dan isikan maklumat yang diperlukan.
Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz melalui email admin@belajarbahasaarab.com dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.
-Ustaz Abd Rahman bin Jamaan