06.06.08
Tips Atasi Krisis Semasa
1. Sertai Kelab Dhuha… yakni kita berusaha secara istiqamah melakukan Solat Dhuha minima 2 rakaat.
2. Mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap hari.
Oh sangatlah MUJARAB … tak percaya? Jom buat sesama… !
Komunikasi Mudah, Sehari Sebaris Ayat : www.BelajarBahasaArab.com
1. Sertai Kelab Dhuha… yakni kita berusaha secara istiqamah melakukan Solat Dhuha minima 2 rakaat.
2. Mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap hari.
Oh sangatlah MUJARAB … tak percaya? Jom buat sesama… !
adiba said,
June 6, 2008 at 7:22 am
erm, bgus…tp dhuha sy kdg2 x t’buat jgk…surah al-waqiah alhamdulillah la, msih menjadi amaln…
tp knapa kta ustaz boleh atasi krisis semasa???mksdnya utk nk mengelakkan kepapaan ker?sbb apa yg sy fham kedua2 amalan ni utk nk murahkan rezki kan???
Al-Ustaz said,
June 6, 2008 at 7:36 am
sebab krisis semasa sekarang ialah berkenan dgn krisis harga/ekonomi, jadi kalau kita amalkan tips tersebut, maka murahlah rezeki kita dan dapat atasi masalah tersebut.
lja said,
June 10, 2008 at 7:42 am
apa khabar ustaz
yang harus melakukanya pencari rezeki ataupun orang rumah pun boleh ya.Paling awal pukul berapa? dan paling lewat pukul berapa ya ustaz tolong bagi tahu ya.Semoga masalah ini sementara saja.
Al-Ustaz said,
June 11, 2008 at 2:34 am
sesiapa sahaja boleh amalkan, waktu dhuha iaitu waktu pagi dari 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.
mar trg said,
June 11, 2008 at 3:25 am
askum ustaz,ana nak tanya amalan surah al-waqiah n solat dhuha boleh selesaikan masalah peribadi tak? pastu kalu mcm bangun lewat dalam kul 7.30 pg ke kan subuh tertinggal.samada nak qada’ or mcmne?
Al-Ustaz said,
June 11, 2008 at 3:54 am
selesaikan masalah peribadi tak boleh, kalau tertinggal solat subuh, bila bangun terus qada’
lja said,
June 11, 2008 at 3:07 pm
syukran ya ustaz
Majlis Impian said,
June 16, 2008 at 2:17 am
Ust,
Terima kasih atas tazkirah yang ustaz berikan. Semoga Allah memberkati ustaz.
Alhamdulillah, saya dah cuba amalkan ke2-2 amalan ini dan memang nampak kesannya. Saya yakin, apabila kita buat satu-satu amalan, dan kita tahu apa fadilatnya..pasti kita dapat rasakan kelebihan amalan tersebut selepas mengamalkannya.
Sekadar berkongsi cerita…Kalau saya ada hajat penting, ayah saya ajar buat solat dhuha 12 rakaat. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w ada janjikan siapa yang buat amalan ini, akan dikabulkan segala doanya samada keperluan duniawi atau ukhrawi.
Dan sebagaimana yg ustaz sebutkan, solat dhuha memang dijamin boleh memurahkan rezeki. Saya 200% yakin benda ni sebab saya pernah rasai pelbagai keajaiban amalan ini. Memang selalunya, pasti ada sahaja rezeki yang datang tanpa disangka-sangka.
Mengenai pembacaan surah Al Waqiah pada setiap malam pula ada dijanjikan dalam sebuah hadis, dijauhi daripada kebuluran selama-lamanya. Saya juga try amalan ini. Dah berlaku 2 kali, rumah saya kehabisan stok. Tiba-tiba ada sorang jiran telefon, katanya saya tak perlu masak pada hari tersebut..dia nak bagi makanan pada kami sekeluarga. Alhamdulillah …syukur sangat2. Jiran saya bawa nasi 1 tupperware besar.
Subhanallah!! Maha suci Allah!
Setiap amalan yang dijarkan oleh Rasulullah s.a.w ni, jika kita amalkan pasti ada kejayaan. Kawan-kawan mesti cuba kedua-dua amalan ini. Gerenti tak menyesal
Jazakallahu khairan kathira
Ikhlas,
Majlis Impian
Al-Ustaz said,
June 16, 2008 at 2:42 am
majlis impian :
terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
Che Man said,
June 27, 2008 at 4:23 am
Assalamualaikum Ustaz,
Saya berniaga secara jual khidmat/ mengajar memandu, massalah saya
berkaitan meletakkan harga perkhidmatan.. ada yang kata mahal dan ada
yang kata terlalu murah untuk masa terkini,jika mengenangkan harga minyak yang naik.. apa kah formula ustaz dlm pekara ini? Untuk mendapat rezeki yg di berkati Allah.
Ke dua, bagaimana / apakah petua- petua atau amalan yang baik yang perlu di amalkan seharian, dlm apa-apa bidang perniagaan?
Ribuan Terima Kasih saya dahului Ustaz ,Semoga Pesanan Jadi Pedoman.
Wassalam.
Al-Ustaz said,
June 27, 2008 at 4:40 am
Che Man :
amalan-amalan yang baik yg perlu diamalkan ialah solat dhuha dan membaca surah al-waqiah, boleh tambah dgn amalan-amalan sunat yang lain spt berpuasa isnin khamis. berkenaan harga perkhidmatan itu eloklah dikekalkan shj kecuali pd keadaan yang mendesak.
adriena said,
June 27, 2008 at 12:23 pm
assalamualaikum ustaz.saya nak tanya ni, ape keistimewaan apabila baca surah al-waqiah ni.dan lagi satu, kalau saya ada soalan untuk ustaz, di mana harus saya kemukakan. adakah di dalam email yang telah disediakan?terima kasih ustaz.
Al-Ustaz said,
June 30, 2008 at 12:57 am
Surah al-waqiah ini amat banyak keistimewaannya, antaranya ialah memurahkan rezeki. Utk soalan sila ke ruangan ‘pertanyaan’.
muallij said,
July 2, 2008 at 12:21 am
salam…
Amalan surah Al waqiah dan solat dhuha adalah tip yg paling mujarab .
kita kena usahakan cari penyelesaian segala masalah dengan keberkatan amalan agama InsyaAllah. JazakaAllah ya Ustaz
lja said,
July 6, 2008 at 3:10 pm
Ya ustaz tolong bagi tahu saya mengapa tanda bacaan berubah saperti:
- haza talibun haulaii tulabun
- haza tajirun haulaii tujarun
- haza haajun haulaii hujjaajun
- haza kabiirun haulaii kibaarun
- haza waladun haulaii aw laadun
Pertanyaan saya apakah kaedah mudah untuk kita mengenal perubahan pada tanda bacaan pada perkataan diatas.Atau mestikah saya menghafalnya.Tolong beri penjelasan terima kasih.
Al-Ustaz said,
July 7, 2008 at 1:56 am
ija :
baris dan tanda bacaan berubah kerana ada perubahan pada perkataan (perubahan dari struktur mufrad kepada jama’)
utk mengenal perubahan tanda bacaan, perlulah kita mengetahui perubahan yang berlaku kepada perkataan itu dengan cara pembacaan dan rujukan.
inaz said,
August 1, 2008 at 2:27 am
Alahamdulillah..saya juga dah amalkan solat dhuha dan baca surah al-Waqiah hampir setiap malam, dan hasilnya alhamdulillah sungguh berkesan. yang penting dengan mengamalkan amalan ini, hati saya sentiasa tenang,urusan dipermudahkan..walau pun gaji bulanan saya tidaklah seberapa, namun saya tidak pernah rasa tidak cukup atau tidak mampu.
Yang penting niat kita bila dah dapat rezeki dari Allah, niatkan untuk bantu ibu bapa dan sanak-saudara yang memerlukan. InsyaAllah.
Al-Ustaz said,
August 1, 2008 at 3:26 am
inaz :
benar tu, bacaan ayat-ayat Allah akan dapat menenangkan hati setiap pembacanya… dan dapat memudahkan segala urusan
Nurul said,
August 2, 2008 at 4:48 pm
Assalaamu’alaikum ya ustadz..
saya nurul from Indonesia… saya juga telah mengamalkan 2 hal tersebut, dan saya juga telah merasakan manfaatnya. Semua yang datangnya dari Allah pastilah dijamin kebenaran dan kebaikannya.. wa’alaikum salaam..
Al-Ustaz said,
August 4, 2008 at 1:24 am
nurul :
alhamdulillah.
khalisyah said,
August 25, 2008 at 7:39 am
salam alaik
surah al-waqiah ni apa ya ustaz..???
Al-Ustaz said,
August 26, 2008 at 4:03 am
khalisyah :
surah utk dibaca dan diamalkan selalu dlm kehidupan.
aishahumi said,
November 28, 2008 at 2:26 pm
Assalaamualaikum ustaz.
Selepas bln Ramadhan thn ini, saya mula mndirikan solat sunat Dhuha secara istiqamah. Saya nak tanya ustaz surah Al Waqiah tu afdhal dibaca seblah malam atau siang sbb saya biasa baca selpas solat Subuh.
Kebetulan dah menulis ni, saya ingin berkongsi dgn saudara2 seklian mngenai 2 surah yg baik dibaca di dlm solat sunat Subuh iaitu surah Al fiil dan surah Al insyirah. Sumber ni pun saya dpt dari seorang ustaz pengasas perubatan Islam yg merujuk kitab fathul muin.
Salam ukhwah.
Al-Ustaz said,
November 28, 2008 at 2:33 pm
aishahumi :
elok dibaca pada waktu pagi dan malam, sekiranya tak dapat, bila-bila waktu pun boleh, yang penting ialah berterusan.
betul tu, surah alfiil dan al insyirah elok di baca dlm solat sunat subuh.
sarip said,
January 20, 2009 at 7:41 am
Assalamualaikum ustaz…nk tnya sah ke solat dhuha sy sbb sy slalu lakukan solat dhuha biasanya pukul 8pg cmtu….lg 1 solat sunat isyrak tu biasanya waktu utk lakukannya pukul baper??sbb sy ade trbace solat sunat isyrak seafdalnya 15 minit selepas terbitnya matahari (waktu syuruk)…tul ke??
Al-Ustaz said,
January 20, 2009 at 12:43 pm
sarip :
sah, pukul 8 masih boleh dilakukan solat dhuha, dan sunat isyrak pula sebaik sahaja masuk waktu syuruq.
zawani said,
March 30, 2009 at 6:53 pm
assalamulaikum.
saya ingin tahu,
jika saya ingin bertanya soalan luar dari topik diskusi,
ruangan mane patut saye masuk?
contohnye,
jika saye nk tahu lebih mengenai yakjuj n makjuj..
saye belajar di luar negare
kadang2 cari maklumat dpd internet
tetapi ragu2
dan boleh x ustaz bagi buku rujukan hadis sahih
y boleh sy buat sebgai rujukan..
(name penulis)
untuk saye beli di msia
sebab dekat sini banyak sgt pendapat
diorang gune mazhab hanafi
ilmu sy pun sikit
harap ustaz dpt membantu..
Al-Ustaz said,
March 30, 2009 at 11:17 pm
zawani :
cuba rujuk kitab ‘fathul bari’ syarah hadis sohih, kitab ni memang menjadi rujukan hadis-hadis sohih
Al-Ustaz said,
March 30, 2009 at 11:18 pm
zawani :
utk bertanya, sila ke ruangan ‘pertanyaan’
LYNN said,
May 15, 2009 at 3:22 pm
Salam ustaz….. sy ada terbaca pasal surah al waqiah ni, dan sy br membacanya 2 kali, tapi maha suci Allah sy pergi soping dengan membw duit rm 150 aje, berbelanja seingat sy melebihi bajet yang diperuntukan. anehnya apabila sy belek semula wallet didapati masih berbaki sejumlah wang yg cukup untuk sy belanja hingga ujung bulan ni.
pada pndangan ustaz, adakah sy tersilap kira atau memang rezeki sy yg Allah berikan kpd sy? apapun sy tetap akan meneruskan pembacaan surah ini dan syukur alhamdulillah atas segalanya…..
Al-Ustaz said,
June 1, 2009 at 3:59 am
LYNN :
alhamdulillah, teruskan pembacaan anda dengan ikhlas, insyaallah rahmat Allah akan sentiasa bersama anda.
Mare said,
June 12, 2009 at 6:39 am
Salam Ustaz,
Saya nak amalkan solat dhuha, tapi masaalah saya, setiap hari Selasa, khamis dan sabtu pagi saya menjalani rawatan dialysis dari pukul 7 hingga 11 pagi. macammana ya ustaz.
Al-Ustaz said,
June 12, 2009 at 7:11 am
Mare :
takpe, anda boleh buat pada hari-hari yg lain spt hari ahad, isnin, rabu, dan jumaat, ia cuma solat sunat shj
Saliza said,
July 11, 2009 at 11:32 pm
Salam Ustaz,
Saya terbaca dlm buku Fadhilat Amal – Shaikhul Hadith Hazrat , Maulana Muhammad Zakariya (rah) merangkan bahawa solat sunat isyrak dan dhuha adalah selepas lebih kurang 20 minit terbit matahari.
Ada pula pendapat yang mengatakan solat sunat isyrak hanya 20 minit selepas terbit matahari. Mohon supaya Ustaz dapat memberikan penjelasan kenapa terdapat perbezaan pendapat ttg waktu solat isyrak.
Terima kasih Ustaz.
Al-Ustaz said,
July 12, 2009 at 12:19 am
Saliza :
boleh juga jika mengikut pendapat tersebut.
Normala said,
July 29, 2009 at 11:43 am
Salam Ustaz,
Saya telah menyimpan ayat Al-Waqiah di dalam telefon untuk tujuan mendengar dan cuba untuk menghafalnya. Persoalan saya, adakah dengan mendengar ayat tersebut di kira sebagai amalan..
Dan saya sering mendengar dan mengikut pembacaan ayat tersebut tidak kira masa dan waktu dan saya sedang berusaha untuk menghafalnya dan memahami setiap baris ayat-ayat tersebut.
Harap ustaz dapat memberi penjelasan.
Al-Ustaz said,
July 29, 2009 at 12:26 pm
Normala :
Ya, mendengar ayat-ayat ql-quran juga merupakan amalan yg bagus, elok didengari selalu sehingga dpt dihafal dgn mudah. Disamping itu pelajari makna-makna daripada ayat-ayat tersebut. Insyaallah akan lebih dekat dan mendalam di dalam hati kita seterusnya mendapat keberkatan dari Allah. Teruskan amalan anda itu.
Zmd769 said,
June 26, 2010 at 5:34 am
Salam Ustaz,
Pertanyaan saya , jika kita lakukan 2 amalan tersebut dlm berapa
lama kita akan dpt terima fadilat dan kelebihan tentang amalan tersebut !!
Wassalam..
Al-Ustaz said,
July 6, 2010 at 2:08 am
Zmd :
Insyaallah sekiranya kita lakukan dgn khusyuk dan ikhlas, kita akan mendapat fadilatnya dengan cepat dari Allah, maka yakinlah dgn kekuasaan dan rahmat Allah.
Abu Aiman said,
July 20, 2010 at 5:19 am
Salam Ust… Hadis yg mengatakan digalakkan solat sunat sebelum subuh dgn membaca surah al-insyirah dan surah al-fil tu riwayat siapa ust? Pulak tu apa kelebihan-kelebihanya? Ramai org yg tanya ana…
Al-Ustaz said,
July 20, 2010 at 10:21 pm
Abu Aiman :
Cuba rujuk buku solat-solat sunat, kelebihannya amat besar sekiranya diamalkan.
along salwana said,
August 4, 2010 at 4:30 am
salam ustaz…. saya ingin penjelasan dr ustaz….benarkah orang mengamalkan solat sunat dhuha susah nk kena penyakit lenguh sendi-sendi badan
Al-Ustaz said,
August 4, 2010 at 5:30 am
along salwana :
ustaz tak pasti, mungkin ada amalan-amalan lain yang perlu dilakukan selain daripada mengamalkan solat dhuha tersebut.
along salwana said,
August 5, 2010 at 5:11 am
salam ustaz….saya ingin bertanya ngan ustaz, bolehkah wanita dalam haid memandikan jenazah.
Al-Ustaz said,
August 5, 2010 at 5:21 am
along salwana :
rasanya tiada masalah bagi wanita dlm haid memandikan jenazah, tetapi seelok-eloknya dimandikan oleh wanita yang suci.
afiqah said,
August 30, 2010 at 11:47 pm
salam ustaz..saya ni ada masalah sikit..sya tak tahulah ustaz,tiap kali masuk malam sahaja saya dah berasa letih dan mengantok sedangkan kadang-kadang tu sya ada juga tidur waktu petang tu..saya risaulah ustaz sebab kalau perkara ini berterusan,pastinya keputusan peperiksaan saya akan menurun..saya selalunya akan mengulangkaji pelajaran waktu malam tapi kalau saya tidak lawan perasaan mengntok tu akhirnya saya tidak dapat mengulangkajilah ustaz…saya harap sangat ustaz dapat tolong saya untuk menamatkan masalah yang saya sedang hadapi ini..
Al-Ustaz said,
August 31, 2010 at 12:01 am
afiqah :
anda perlu bermujahadah yg lebih kuat lagi, atasi perasaan mengantuk itu dan carilah sesutau yg boleh menaikkan semangat anda utk mengulangkaji seperti melakukan solat sunat terlebih dahulu, dan kalau boleh jgn amalkan tidur selepas waktu asar. Insyaallah badan anda akan berasa segar.