07.31.06
Nikmat Tuhan
Ayat untuk hari ini :
وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
Maknanya : Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)
Terjemahan perkataan :
وَإِنْ – dan sekiranya
تَعُدُّوْا - kamu menghitung
نِعْمَةَ - nikmat
اللهِ - Allah
لاَ - tidak
تُحْصُوْهَا – kamu mengiranya
Nikmat Allah kepada hambanya tidak terhingga. Sekiranya kita cuba untuk menghitung nikmat yang Allah berikan kepada kita, nescaya kita tidak dapat mengiranya, kerana nikmat yang Allah berikan terlalu banyak, sehingga tidak terhitung. Lihat sahaja di dalam tubuh badan kita, betapa nikmat Allah ini sentiasa kita gunakan, seperti mata, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Oleh itu gunakanlah nikmat yang Allah berikan ini ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya.