02.27.07
Posted in Pembelajaran at 4:04 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
أَتَعَشَّى مَعَ عَائِلَتِيْ
‘Ata’assyaa ma’a ‘aa’ilatii
Maknanya : Saya makan malam bersama keluarga saya
Terjemahan perkataan :
أَتَعَشَّى (‘ata’assyaa) – saya makan malam
مَعَ (ma’a) - bersama
عَائِلَتِيْ (‘aa’ilatii) – keluarga saya
Cuba anda buat ayat seumpama ayat di atas. Contohnya, saya makan malam bersama kawan-kawan saya dan sebagainya.
Permalink
Posted in Pembelajaran at 3:55 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
مِنْ آدَابِ طَلَبِ العِلْمِ اِحْتِرَامُ المُعَلِّمِ
Min aadaabi tolabil ‘ilmi ihtiraamul mu’allim
Maknanya : Antara adab menuntut ilmu itu adalah menghormati guru
Terjemahan perkataan :
مِنْ (min) – dari
آدَابِ (aadabi) – adab-adab
طَلَبِ (tolabi) – menuntut
العِلْمِ (al-’ilmi) – ilmu
اِحْتِرَامُ (ihtiraamu) – menghormati
المُعَلِّمِ (al-mu’allim) – guru
Tidak kira di peringkat mana sekalipun dan tak kira apa sahaja pelajaran yang kita pelajari, perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pelajar ialah menghormati guru. Ketahuilah jika kita tidak menghormati guru, hati kita akan gelap dan payah untuk menerima ilmu. Itulah yang sering berlaku sekarang, dimana ibu bapa sentiasa menyalahkan guru yang mengajar, sebaliknya tanyalah dahulu kepada diri sendiri, apakah kesalahan kita mendidik anak.
Permalink
Posted in Pembelajaran at 3:36 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
النَّجَاحُ يَحْتاَجُ إِلىَ قُوَّةِ الجُهْدِ
Annajaahu yahtaaju ilaa quwatil juhd
Maknanya : Kejayaan itu memerlukan kekuatan usaha
Terjemahan perkataan :
النَّجَاحُ (an-najaahu) – kejayaan
يَحْتاَجُ (yahtaaju) – memerlukan
إِلىَ (ilaa) – kepada
قُوَّةِ (quwati) – kekuatan
الجُهْدِ (al-juhdi) – usaha
Setiap kejayaan itu memerlukan usaha. Tetapi usaha yang bagaimana? Adakah usaha di tahap permulaan sahaja? Sebenarnya usaha yang dimaksudkan disini ialah usaha yang berterusan yang lahir dari pemikiran kita dan dizahirkan melalui perbuatan. Ketahuilah bahawa kejayaan itu bermula daripada langkah yang pertama, sekiranya kita tidak berusaha untuk memulakannya, nescaya kita tidak akan dapat mengecapi kejayaan. Dan langkah yang pertama itu pula perlu diteruskan sehinggalah tercapai matlamat yang dituju. Jangan mudah berputus asa dan hadapilah segala dugaan di sepanjang perjalanan menuju kejayaan itu dengan sabar dan tenang. Tanpa usaha yang berterusan itu, pasti kita akan terkandas ditengah jalan.
Permalink
Posted in Pengumuman at 3:06 am by Al-Ustaz
Kursus Bahasa Arab akan bermula 3 NOVEMBER 2007.
Pendaftaran sedang dibuka. Untuk pendaftaran sila ke :
http://www.belajarbahasaarab.com/kursus
Permalink
Posted in Pembelajaran at 2:54 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا
Inna ma’al ‘usri yusraa
Maknanya : Sesungguhnya bersama kesusahan itu adalah kesenangan
Terjemahan perkataan :
إِنَّ (inna) – sesungguhnya
مَعَ (ma’a) – bersama
العُسْرِ (al-’usri) – kesusahan
يُسْرًا (yusraa) – kesenangan
Bukan mudah untuk mencapai kesenangan. Di sana terdapat bermacam-macam liku dan dugaan yang perlu dihadapi. Hanya yang berjaya melepasi segala ujian dan dugaan itu sahaja yang akan menikmati kesenangan. Pepatah melayu mengatakan; berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Untuk menikmati kesenangan di akhirat, maka perlulah kita menghadapi segala ujian dari Allah dimuka bumi ini dan melaksanakan segala suruhanNya dengan sabar dan taqwa.
Permalink
Posted in Pembelajaran at 2:13 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
التَّعَلُّمُ يَتَطَلَّبُ الصَّبْرَ
Atta’allumu yatatallabussabr
Maknanya : Pembelajaran itu menuntut kesabaran
Terjemahan perkataan :
التَّعَلُّمُ (at-ta’allumu) – pembelajaran
يَتَطَلَّبُ (yatatallabu) – menuntut (memerlukan)
الصَّبْرَ (as-sabra) – kesabaran
Segala pekerjaan di dalam kehidupan kita memerlukan kesabaran. Kesabaran ini juga melibatkan ketekunan dan ketelitian. Dengan ketelitian yang penuh yang diberikan semasa melakukan sebarang jenis pekerjaan, sudah tentu hasilnya pasti memuaskan. Tanpa kesabaran, anda tidak mungkin mengecapi kejayaan.
Permalink
Posted in Pembelajaran at 1:53 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
أَقْرَأُ كِتَابِيْ الجَدِيْدِ
Aqraul kitaabiil jadiid
Maknanya : Saya membaca buku saya yang baru
Terjemahan perkataan :
أَقْرَأُ (aqra u’) – saya membaca
كِتَابِيْ (kitaabii) – buku saya
الجَدِيْدِ (al-jadiid) – baru
Cuba anda buat ayat seumpama ayat di atas, contohnya, saya memakai baju saya yang baru dan sebagainya.
Permalink
02.12.07
Posted in Kuiz at 2:46 am by Al-Ustaz
Ustaz tuliskan kuiz ringkas ke-3 utk anda semua.
Soalannya : Terjemahkan ayat ini ke dalam Bahasa Arab.
“Saya pergi ke masjid berjalan kaki”
Ustaz akan bantu anda semua untuk menterjemahkan ayat tersebut dan anda hanya perlu sambungkan ayat ustaz..
“Saya pergi ke masjid berjalan kaki”
“Ana azhabu ilal masjid _____________”
” اَنَا أَذْهَبُ إِلىَ المَسْجِدِ __________ ”
Sila tuliskan jawapan anda di dalam ruangan ‘komen’. Tuliskan di dalam tulisan arab atau rumi. Ustaz akan menyemak jawapan anda.
Dapatkan Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab dlm BAHASA INGGERIS disini.
Permalink