09.29.06

Kelebihan Ramadhan

Posted in Pembelajaran at 2:26 am by Al-Ustaz

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat

Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan

Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.

09.25.06

Ramadhan Al-Mubarak

Posted in Ucapan at 4:44 am by Al-Ustaz

“Selamat menyambut bulan Ramadhan”, bulan yang penuh dengan keberkataan, rebutlah satu malam di bulan Ramadhan yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam lailatulqadar. Penuhi malam tersebut dengan amal ibadah sepanjang malam.

Salam Ramadhan dari :

Ustaz Abd Rahman bin Jamaan

Selamat Berpuasa

Posted in Ucapan at 4:33 am by Al-Ustaz

أَهْلاً وَمَرْحَباً يَا رَمَضَانُ

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, ustaz ingin mengucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua pelajar-pelajar ustaz yang mengikuti pembelajaran Bahasa Arab bersama ustaz di dalam blog ini khususnya dan juga kepada semua umat islam tak kira di mana sahaja berada.

Manfaatkan siang dan malam hari di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadah umum dan khusus, semoga ia akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Jauhilah segala perkara yang boleh membatalkan pahala puasa anda dan jagalah segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Berpuasalah dalam ertikata yang sebenarnya. Insyaallah dengan berpuasa ini Allah akan memberikan kesihatan yang sebaik-baiknya kepada kita. Hadis Nabi menyebut :

صُوْمُوْا تَصِحُّوْا

Suumuu tasihhuu

Maknanya : Berpuasalah, nescaya kamu akan beroleh kesihatan

Terjemahan perkataan :

صُوْمُوْا   (suumuu) – berpuasalah

 تَصِحُّوْا  (tasihhuu) – kamu sihat

Dalam satu hadis nabi juga bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu”.

Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang di siang hari bulan Ramadhan, isikanlah ia dengan Belajar Bahasa Arab.

09.18.06

Kuiz Ringkas-1

Posted in Kuiz at 6:12 am by Al-Ustaz

Hari ini ustaz adakan kuiz ringkas :

Soalan : Terjemahkan ayat Bahasa Melayu ini kepada Bahasa Arab

Ayat 1 : Saya rajin belajar Bahasa Arab

Ayat 2 : Saya bercakap Bahasa Arab setiap hari

Cuba jawab soalan kuiz ini. Tuliskan jawapan anda. Ustaz akan semak jawapan anda. Tuliskan dalam rumi pun tak mengapa. Kalau ada editor arabic, tuliskan dalam tulisan jawi (arab).

09.06.06

Pendapat Anda

Posted in Masalah & Cadangan at 12:41 am by Al-Ustaz

Assalamualaikum,

Hari ini ustaz nak tanya pelajar-pelajar semua, apakah lagi masalah-masalah yang anda hadapi ketika mempelajari Bahasa Arab. Moga ustaz dapat membantu anda semua. Dan ustaz juga bercadang untuk mengadakan kuiz ringkas di dalam blog ustaz ini. Tuliskan pendapat anda samada anda bersetuju atau tidak.

Perkataan ringkas untuk hari ini :

اَناَ مُوَافِقٌ  (ana muaafiq) – saya bersetuju

اَناَ غَيْرُ مُوَافِقٌ  (ana ghairu muaafiq) – saya tidak bersetuju

Sekiranya anda ada cadangan-cadangan lain, sila kemukakan demi kebaikan kita bersama.