08.30.06

Kekuasaan Allah

Posted in Pembelajaran at 3:55 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

إِنَّ اللهَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Innallaaha ’alaa kulli syai in qadiir

Maknanya : Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Terjemahan perkataan :

إِنَّ  (inna) – sesungguhnya

  اللهَ (Allah) – Allah

عَلىَ   (‘alaa) – atas

 كُلِّ (kulli) – setiap

شَيْءٍ   (syai in) – sesuatu

قَدِيْرٌ  (qadiir) – berkuasa

Kuasa yang Maha Agung hanyalah pada Allah. Dia sahajalah yang mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Walaupun manusia berkuasa di dunia ini, tetapi kekuasaan manusia begitu terbatas dan terhad. Manusia hanyalah makhluk manakala Allah adalah khaaliq (pencipta). Oleh itu segala amalan ibadat kita hanyalah untuk pencipta iaitu Allah, tuhan seru sekian alam. Jadilah hambanya yang taat akan perintahNya.

08.26.06

Sentiasa Bersabar

Posted in Pembelajaran at 2:07 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ

Innallaaha ma’assoobiriin

Maknanya : Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar

Terjemahan perkataan :

إِنَّ   (inna) – sesungguhnya

 اللهَ   (Allah) – Allah

 مَعَ   (ma’a) – bersama

الصَّابِرِيْنَ  (as-soobiriin) – orang-orang yang sabar

Sifat sabar adalah antara sifat-sifat yang terpuji iaitu sifat mahmudah. Sebagai muslim, kita perlulah bersabar atas apa jua dugaan dan ujian daripada Allah. Sesungguhnya ujian-ujian tersebut hanyalah untuk kita lebih mendekatkan diri  kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mengharungi ujian-ujian tersebut dengan sabar, maka Allah akan memberi ganjaran yang amat besar kepada kita. Oleh itu sentiasalah mengingati Allah samada dalam keadaaan susah ataupun senang. Dan jadilah sebagai muslim yang sentiasa mengingati kepada kesabaran. Firman Allah di dalam Surah Al-Asr : Wa tawa saubissabr. Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

08.25.06

Hidup dan Mati dalam Keimanan

Posted in Pembelajaran at 2:18 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

اللَّهُمَّ أَحِيْنَا بِالإِيْمَانِ وَأَمِتْنَا بِالإِيْمَانِ

Allahumma ahiinaa bil iimaan wa amitnaa bil iimaan

Maknanya : Ya Allah, hidupakanlah kami dalam keimanan dan matikanlah kami dalam keimanan

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ   (Allahumma) – Ya Allah

أَحِيْنَا    (ahiinaa) – hidupkanlah kami

بِالإِيْمَانِ (bil iimaan) – dengan keimanan

 وَأَمِتْنَا (wa amitnaa) – dan matikanlah kami

بِالإِيْمَانِ  (bil iimaan) – dengan keimanan

Hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah. Ini adalah perjanjian yang kita ucapkan setiapkali mendirikan solat. Ia dibaca di dalam doa iftitah. Oleh sebab hidup dan mati kita adalah untuk Allah, maka sentiasalah berdoa agar hidup dan mati kita di dalam keimanan dan juga di dalam rahmatNya. Itulah matlamat kita di dalam kehidupan iaitu sentiasa dirahmati dengan cahaya keimanan dan harapan kita juga kepada Allah semoga mematikan kita di dalam keimanan. Dan syurga jualah destinasi terakhir yang menjadi impian kita.

 

08.24.06

Permudahkan Urusan

Posted in Pembelajaran at 5:07 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ

Rabbisyrah lii sadrii wayassirlii amrii

Maknanya : Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku

Terjemahan perkataan :

رَبِّيْ  (rabbii) – tuhanku (Allah)

اِشْرَحْ  (isyrah) – lapangkanlah

لِيْ  (lii) – untukku

صَدْرِيْ (sadrii) – dadaku

وَيَسِّرْ  (wayassir) – dan permudahkanlah

لِيْ  (lii) – untukku

أَمْرِيْ  (amrii) – urusanku

Selalu-selalulah membaca doa ini, semoga segala urusan kita yang ingin kita laksanakan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan Allah. Ini kerana hanya Allah sahaja yang memperkenankan segala urusan hambaNya. Oleh itu berusahalah dan laksanakanlah tugas dengan sebaik mungkin serta berdoalah agar segala urusan kita dipermudahkan olehNya.

08.21.06

Kebaikan didunia dan diakhirat

Posted in Pembelajaran at 1:16 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً

Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wafil aakhirati hasanah

Maknanya : Tuhan kami (Allah), berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat

Terjemahan perkataan :

 رَبَّنَا (rabbanaa) – tuhan kami (Allah)

آتِنَا (aatinaa) – datangkan kepada kami (berikanlah)

فِيْ (fi) – di

الدُّنْيَا  (ad-dunyaa) – dunia

حَسَنَةً  (hasanah) – kebaikan

وَفِيْ  (wafi) – dan di

الآخِرَةِ  (al-aakhirah) – akhirat

  حَسَنَةً (hasanah) – kebaikan

Kita sering membaca doa ini selepas solat. Oleh itu sentiasalah berdoa selepas solat walaupun kita sibuk dengan urusan seharian. Jangan lupa berdoa selepas solat. Sekurang-kurangnya bacalah doa ini. Sekiranya kita tidak berdoa selepas solat, maka kita adalah hamba Allah yang sombong yang tidak memerlukan pertolonganNya. Jadilah hamba Allah yang merendah diri yang sentiasa memohon bantuanNya. Ini kerana kita adalah manusia yang lemah yang sentiasa mengharap hidayat dari Allah subhanahu wa ta’aala.

08.20.06

Keampunan

Posted in Pembelajaran at 3:39 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا

Allahummaghfir lanaa dzunuubanaa

Maknanya : Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami

Terjemahan perkataan :

 اللَّهُمَّ  (Allahumma) – Ya Allah

 اِغْفِرْ  (ighfir) – ampunkanlah

لَنَا   (lanaa) – untuk kami

  ذُنُوْبَنَا (dzunuubanaa) - dosa-dosa kami

Sentiasalah memohon keampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Setiap hari kita melakukan dosa kepada Allah, oleh itu kita perlu meminta ampun dariNya. Bacakanlah doa ini pada bila-bila masa, terutama selepas solat. Semoga kita terhindar dari sebarang dosa dan menjadi putih bersih sebagaimana hari kita dilahirkan oleh ibu kita dahulu.

08.17.06

Fitrah

Posted in Pembelajaran at 12:55 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari  ini :

كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلىَ الفِطْرَةِ

Kullu maulud yuuladu ‘alal fitrah

Maknanya : Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah

Terjemahan perkataan :

 كُلُّ  (kullu) – setiap (semua)

  مَوْلُوْدٍ (maulud) – anak

يُوْلَدُ   (yuuladu) – dilahirkan

عَلىَ  (‘alaa) – atas (dalam ayat ini bermaksud ‘dalam’)

الفِطْرَةِ (al-fitrah) – semulajadi

Setiap anak yang lahir, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih seperti kain putih, fitrah dan semulajadi sabagai seorang insan yang tidak mengerti apa-apa. Maka ibu bapalah yang mencorakkannya, mendidiknya dan membentuknya menjadi orang yang baik, ataupun sebaliknya. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. Ia juga merupakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Dari sudut yang lain, ia boleh menjadi fitnah kepada kita. Oleh itu didiklah anak-anak kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang boleh membentuk mereka menjadi anak yang soleh. Pepatah melayu mengatakan “kalau mahu melentur buluh, lenturlah dari rebungnya”.

08.16.06

Doa Keselamatan

Posted in Pembelajaran at 2:18 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ

Allahumma innaa nas ‘aluka salaamatan fiddiin

Maknanya : Ya Allah, kami memohon keselamatan di dalam agama

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ  (Allahumma) – Ya Allah

إِنَّا  (‘innaa) – sesungguhnya kami

نَسْأَلُكَ  (nas ‘aluka) – memohon

سَلاَمَةً  (salaamatan) – keselamatan

فِيْ  (fi) – dalam

الدِّيْنِ  (ad-din) – agama

Kita sering membaca doa yang disebutkan di atas ini. Di dalam doa ini kita meminta supaya sentiasa diperlihara di dalam agama supaya aqidah yang dipegang dan dipercayai sentiasa kukuh dan teguh, tak mudah goyah dengan godaan-godaan nafsu. Keselamatan di dalam agama ini amat penting bagi kita sebagai seorang muslim kerana ia adalah termasuk di dalam perkara daruriyyah (keperluan) di dalam kehidupan. Perkara ini juga merupakan salah satu daripada matlamat yang ingin dicapai di dalam syariah islamiyyah. Marilah kita sama-sama menjaga agama kita yang suci ini.

08.15.06

Berdakwah

Posted in Pembelajaran at 3:38 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

أُدْعُ إِلىَ سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالحِكْمَةِ

Ud ‘u ilaa sabiilirabbika bilhikmah

Maknanya : Serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan)

Terjemahan perkataan :

أُدْعُ  (ud ‘u) – ajaklah

 إِلىَ    (ilaa) – kepada

سَبِيْلِ  (sabil) – jalan

رَبِّكَ   (rabbika) – tuhanmu

بِالحِكْمَةِ  (bilhikmah) – dengan hikmah (kebijaksanaan)

Sebagai umat islam, kita perlu berdakwah untuk menyebarkan ajaran Islam kepada semua manusia. Kewajipan ini ialah kewajipan kita sebagai hamba Allah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah menyeru manusia ke arah berbuat kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran. Pendekatan yang digunakan pula hendaklah secara bijaksana (hikmah) dan juga melalui contoh akhlak yang baik serta berbincang dengan rasional. Ketahuilah ganjaran yang amat besar akan diberikan oleh Allah kepada mereka yang berdakwah di jalanNya serta beroleh kejayaan.

08.14.06

Tawakkal

Posted in Pembelajaran at 3:47 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلىَ اللهِ

Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Maknanya : Setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah

Terjemahan perkataan :

فَإِذَا   (fa iza) – maka apabila

عَزَمْتَ  (‘azamta) – kamu telah berazam

فَتَوَكَّلْ  (fatawakkal) – maka bertawakkallah

عَلىَ  (‘ala) – atas (di dalam ayat ini bermaksud ‘kepada’)

 اللهِ – (Allah) – Allah

Seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tidak ada sesuatu pun yang boleh diperolehi dengan mudah tanpa usaha. Kemudian setelah kita berazam dan berusaha, barulah kita berdoa kepada Allah semoga diperkenankan segala pekerjaan kita itu dan akhir sekali berserahlah kepadaNya dengan bertawakkal. Manusia hanya mampu berusaha dan merancang, tetapi hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya-segalanya.

« Previous entries Next Page » Next Page »