07.20.06
Posted in Pembelajaran at 2:43 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
دِرَاسَةُ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ مُمْتِعَةٌ جِدًّا
Diraasatul lughatil arabiyyah mumti’atun jiddan
Maknanya : Pelajaran Bahasa Arab amat menyeronokkan
Terjemahan perkataan :
دِرَاسَةُ - pelajaran
اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ – bahasa arab
مُمْتِعَةٌ - menyeronokkan
جِدًّا – amat
Semoga anda semua seronok untuk mempelajari Bahasa Arab, semangat yang tinggi akan menambahkan lagi keseronokkan untuk mempelajarinya dari semasa ke semasa hingga dapat merasai kepuasaannya di dalam jiwa.
Mari kita belajar bahasa arab bersama-sama.
Permalink
07.19.06
Posted in Pembelajaran at 1:36 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
أُحِبُّ أَنْ أَتَعَلَّمَ اللُّغَةَ العَرَبِيَّةَ
Uhibbu an ata’allamal Lughatal Arabiyyah
Maknanya : Saya suka mempelajari Bahasa Arab
Terjemahan perkataan :
أُحِبُّ - saya suka
أَنْ - (perkataan tambahan – tidak ada makna)
أَتَعَلَّمَ - belajar
اللُّغَةَ العَرَبِيَّةَ – bahasa arab
Saya akui anda semua memang bersemangat dan amat berminat untuk mempelajari serta berkomunikasi di dalam Bahasa Arab. Sebab itulah anda sentiasa melawati blog saya ini. Anda boleh gunakan ayat yang telah saya tuliskan di atas ini. Dan selalu2lah mempraktikkannya dengan kawan-kawan.
Permalink
07.17.06
Posted in Pembelajaran at 4:34 am by Al-Ustaz
Saya menyedari, ramai yang meminati untuk mempelajari Bahasa Arab. Semua yang mempelajarinya mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Ada yang ingin berkomunikasi, ada yang ingin mendalami makna-makna di dalam Al-Quran, ada yang ingin membuat persediaan untuk ke Mekah, ada yang ingin menambahkan pengetahuan dan sebagainya. Inilah semangat yang saya inginkan, semoga perjalanan kita untuk menimba ilmu akan dipermudahkan oleh Allah. Saya suka untuk berkongsi pendapat dan sama-sama berbincang tentang apa sahaja berkenaan penggunaan Bahasa Arab terutamanya di Malaysia.
Maka, di dalam blog saya ini, saya akan tuliskan satu ayat di dalam Bahasa Arab untuk kegunaan kita seharian. Anda boleh menggunakannya dlm kehidupan anda dan juga di dalam komunikasi anda dengan sesiapa sahaja.
Ayat untuk hari ini :
أَهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَبًا بِكُمْ
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum
Maknanya : Selamat datang kepada anda semua
Terjemahan ayat :
أَهْلاً وَسَهْلاً - jadilah ahli dan bersenang-senanglah (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang”)
وَ - dan
مَرْحَبًا بِكُمْ – alu-aluan kepada anda semua (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang” atau “hai”)
Semoga anda dapat mempraktikkan ayat ini kepada sesiapa sahaja terutama apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali.
Permalink
« Previous Page « Previous Page Next entries »