07.31.06
Posted in Pembelajaran at 1:28 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
Maknanya : Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)
Terjemahan perkataan :
وَإِنْ – dan sekiranya
تَعُدُّوْا - kamu menghitung
نِعْمَةَ - nikmat
اللهِ - Allah
لاَ - tidak
تُحْصُوْهَا – kamu mengiranya
Nikmat Allah kepada hambanya tidak terhingga. Sekiranya kita cuba untuk menghitung nikmat yang Allah berikan kepada kita, nescaya kita tidak dapat mengiranya, kerana nikmat yang Allah berikan terlalu banyak, sehingga tidak terhitung. Lihat sahaja di dalam tubuh badan kita, betapa nikmat Allah ini sentiasa kita gunakan, seperti mata, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Oleh itu gunakanlah nikmat yang Allah berikan ini ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya.
Permalink
07.30.06
Posted in Pembelajaran at 2:09 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاسِ
An zalallahul quraan linnas
Maknanya : Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia
Terjemahan perkataan :
أَنْزَلَ – menurunkan
اللهُ - Allah
القُرْآنَ – Al-Quran
لِلنَّاسِ – kepada manusia
Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad yang kekal hingga ke hari kiamat. Membacanya adalah merupakan ibadah. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran pahala berganda daripada Allah. Memahami ayat-ayatnya menjadi fardu kifayah kepada kita. Kita perlu mempraktikkan segala suruhan dan larangan yang terdapat di dalamnya. Jika kita berpegang kepadanya, nescaya kita tidak akan sesat buat selama-lamanya. Ayuhlah kita membongkar rahsia yang terdapat di dalam Al-Quran. Kitab suci umat islam.
Permalink
07.28.06
Posted in Pembelajaran at 1:53 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
الصَّبْرُ مِنَ الإِيْمَانِ
Assobru minal iiman
Maknanya : Sabar itu separuh daripada iman
Terjemahan perkataan :
الصَّبْرُ – sabar
مِنَ - daripada
الإِيْمَانِ - iman
Kita perlu memperlengkapkan diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji. Salah satu sifat yang terpuji ialah sifat sabar. Rasulullah juga mempunyai sifat sabar yang amat tinggi. Maka perlulah kita mencontohi baginda. Orang yang sabar akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Oleh itu kita hendaklah bersabar atas segala ujian yang datang kepada kita kerana ia merupakan cermin kepada keimanan kita. Kita juga perlu sabar di dalam menuntut ilmu. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.
Permalink
07.27.06
Posted in Pembelajaran at 12:32 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
القِرَاءَةُ هِوَايَةٌ مُفِيْدَةٌ لَناَ
Al qiraa atu hiwaa yatun mufiidatun lanaa
Maknanya : Membaca adalah hobi yang berfaedah kepada kita
Terjemahan perkataan :
القِرَاءَةُ - membaca
هِوَايَةٌ – hobi
مُفِيْدَةٌ – berfaedah
لَناَ - kepada kita
Membaca sumber ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, kita disuruh dan digalakkan membaca sejak kecil supaya ia menjadi budaya kita sampai bila-bila. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan juga menyuruh kita membaca. Ini menunjukkan membaca itu adalah perkara yang amat penting kepada manusia. Orang yang membaca akan mendapat banyak pengetahuan. Dan pengetahuan inilah yang membezakan sesorang itu samada berilmu atau jahil. Jadilah orang yang berilmu pengetahuan, duniawi dan ukhrawi.
Permalink
07.26.06
Posted in Pembelajaran at 2:31 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
العَقْلُ السَّلِيْمُ فِيْ الجِسْمِ السَّلِيْمِ
Al ‘aqlus saliim fil jismis saliim
Maknanya : Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat
Terjemahan perkataan :
العَقْلُ – akal
السَّلِيْمُ – sihat
فِيْ – di
الجِسْمِ – tubuh badan
السَّلِيْمِ – sihat
Kita sentiasa menggunakan otak untuk berfikir. Maka otak kita juga memerlukan rehat. Untuk mendapatkan otak yang cergas dan sentiasa berfikiran positif dan kreatif, amat pentinglah untuk kita bersukan atau beriadah. Dengan beriadah, tubuh badan kita menjadi sihat dan kuat. Apabila badan menjadi sihat, mudahlah otak untuk berfikir dengan tenang dan seterusnya dapat mengeluarkan idea-idea bernas yang boleh mendorong kita mencapai kejayaan. Seterusnya memudahkan kita menerima ilmu pengetahuan.
Permalink
07.25.06
Posted in Pembelajaran at 12:09 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
تَعَاوَنُوْا عَلىَ البِرِّ وَالتَّقْوَى
Ta’aawanu ‘alal birri wattaqwaa
Maknanya : Tolong menolonglah di dalam perkara kebaikan dan taqwa
Terjemahan perkataan :
تَعَاوَنُوْا – tolong menolonglah
عَلىَ – di atas
البِرِّ - kebaikan
وَ - dan
التَّقْوَى - taqwa
Kita disuruh untuk tolong menolong. Tetapi hanya di dalam perkara yang mendatangkan kebaikan dan taqwa kepada Allah s.w.t. Jangan sesekali kita menolong untuk melakukan perkara-perkara kejahatan dan maksiat. Kelak akan mendapat azab dari Allah.
Permalink
07.24.06
Posted in Pembelajaran at 12:35 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
طَلَبُ العِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مُسْلِمٍ
Tolabul ilmi fariidhatun ‘ala kulli muslim
Maknanya : Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim
Terjemahan perkataan :
طَلَبُ - menuntut
العِلْمِ - ilmu
فَرِيْضَةٌ - wajib
عَلىَ - ke atas
كُلِّ - setiap
مُسْلِمٍ – muslim
Pepatah arab pula berbunyi “menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Menuntut ilmu amat penting, sebab itulah ayat Al-Quran yang pertama diturunkan berbunyi “Iqra’” yang bermaksud : bacalah. Ilmulah yang membezakan seseorang itu dan ilmu jugalah yang memandu manusia ke jalan yang benar. Marilah kita menuntut ilmu.
Permalink
07.23.06
Posted in Pembelajaran at 1:52 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
لاَ تُؤَجِّلْ عَمَلَ اليَوْمَ إِلىَ الغَدِ
La tu ajjil amalal yaum ilal ghad
Maknanya : Jangan tangguh pekerjaan hari ini kepada esok
Terjemahan perkataan :
لاَ - jangan
تُؤَجِّلْ - tangguh
عَمَلَ - pekerjaan
اليَوْمَ – hari ini
إِلىَ - kepada
الغَدِ - esok
Untuk menjadi manusia yang berjaya, perlulah kita bersungguh-sungguh di dalam melaksannya tugas. Salah satu disiplin ketika melakukan tugas ialah tidak menangguhkannya kepada hari esok. Segala tugas kita seelok-eloknya kita selesaikan dengan segera supaya ia tidak membebankan kita pada masa akan datang.
Permalink
07.22.06
Posted in Pembelajaran at 12:01 am by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
نَزُوْرُ الأَقْرِبَاءَ فِيْ وَقْتِ الفَرَاغِ
Nazuurul akribaa’ fi waktil faraagh
Maknanya : Kami menziarahi saudara mara pada waktu lapang
Terjemahan perkataan :
نَزُوْرُ - kami menziarahi
الأَقْرِبَاءَ - saudara mara
فِيْ - pada
وَقْتِ - waktu
الفَرَاغِ - lapang
Semoga dalam kesibukan kita menjalankan tugas, jangan lupa untuk mengeratkan silaturrahim antara saudara mara, selalu-selalulah bertanyakan khabar dan menziarahi mereka pada bila-bila masa sahaja, luangkanlah masa untuk berkumpul dan bermesra, kerana ikatan persaudaraan itu adalah merupakan kekuatan seorang muslim.
Permalink
07.20.06
Posted in Pembelajaran at 4:44 pm by Al-Ustaz
Ayat untuk hari ini :
سَنُصَلِّيْ صَلاَةَ الجُمْعَةِ جَمَاعَةً هَذَا اليَوْمَ
Sanusollii solaatal jum’ati jamaa’atan hadzal yaum
Maknanya : Kita akan bersolat Jumaat berjemaah pada hari ini
Terjemahan perkataan :
سَنُصَلِّيْ - kita akan bersolat
صَلاَةَ الجُمْعَةِ - solat jumaat
جَمَاعَةً - berjemaah
هَذَا - ini
اليَوْمَ – hari
Semoga hari jumaat yang berbahagia ini, yang penuh dengan keberkatan, penghulu segala hari, dapat kita tambahkan amalan kebaikan kita dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk ke jalan yang diredhaiNya serta memperkenankan hajat kita untuk menjadi muslim mukmin yang berilmu.
Permalink
« Previous entries Next Page » Next Page »