12.30.09

Salam MaalHijrah 1431H dan Tahun Baru 2010

Posted in Ucapan at 12:46 am by Al-Ustaz

Ustaz ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan “Salam Maalhijrah 1431H dan Selamat Tahun Baru 2010M” khasnya kepada pelajar-pelajar ustaz di belajarbahasaarab.com dan kpd semua pengunjung blog. Semoga tahun baru ini memberikan lebih keberkatan dan seterusnya berjaya mencapai kejayaan. Marilah kita mula membongkar serta mendalami ilmu Bahasa Arab dan menjadikan hidup ini lebih bermakna…

09.17.07

Selamat Berpuasa

Posted in Ucapan at 12:10 am by Al-Ustaz

 

Di bulan Ramadan yang mulia ini, ustaz ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia dan juga tak kira dimana sahaja berada. Semoga di bulan ini, kita semua mendapat rahmat dan keberkatan yang melimpah ruah dari Allah.

04.01.07

Salam Maulidurrasul

Posted in Ucapan at 6:11 am by Al-Ustaz

Ucapan ustaz kepada semua kaum muslimin dan muslimat tak kira dimana sahaja berada. Semoga kita sentiasa menambahkan amalan kebaikan, memperbaiki diri menjadi lebih baik dan jadikan rasulullah sebagai contoh teladan yang terbaik.

10.17.06

Salam Aidilfitri

Posted in Ucapan at 7:43 am by Al-Ustaz

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ 

مِنَ العَائِدِيْنَ وَالفَائِزِيْنَ

Ustaz ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin” khusunya kepada semua pelajar-pelajar ustaz di blog ini dan kepada seluruh umut islam tak kira di mana sahaja berada …

Di dalam kemeriahan dan kegembiraan kita di hari raya ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik, hulurkanlah bantuan kepada mereka agar mereka dapat sama-sama merasakan kebahagiaan hari yang mulia ini.

Di hari yang penuh keberkataan, hari kemenangan bagi umat islam ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan takbir, tasbih dan tahmid, memuji keagongan dan kebesaran Allah.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرَ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

Di samping kita berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat taulan, janganlah kita membazir, kerana membazir itu adalah sahabat syaitan.

Kepada yang balik ke kampung  berhari raya, pandulah dengan berhati-hati, semoga selamat sampai ke destinasi, biar lambat, asalkan selamat, ingatlah orang yang tersayang.

Selepas kita berhari raya nanti, jangan lupa untuk kembali menyambung Pelajaran Bahasa Arab anda, kerana perjalanan kita menuntut ilmu itu tiada penghujungnya.

 

09.25.06

Ramadhan Al-Mubarak

Posted in Ucapan at 4:44 am by Al-Ustaz

“Selamat menyambut bulan Ramadhan”, bulan yang penuh dengan keberkataan, rebutlah satu malam di bulan Ramadhan yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam lailatulqadar. Penuhi malam tersebut dengan amal ibadah sepanjang malam.

Salam Ramadhan dari :

Ustaz Abd Rahman bin Jamaan

Selamat Berpuasa

Posted in Ucapan at 4:33 am by Al-Ustaz

أَهْلاً وَمَرْحَباً يَا رَمَضَانُ

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, ustaz ingin mengucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua pelajar-pelajar ustaz yang mengikuti pembelajaran Bahasa Arab bersama ustaz di dalam blog ini khususnya dan juga kepada semua umat islam tak kira di mana sahaja berada.

Manfaatkan siang dan malam hari di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadah umum dan khusus, semoga ia akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Jauhilah segala perkara yang boleh membatalkan pahala puasa anda dan jagalah segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Berpuasalah dalam ertikata yang sebenarnya. Insyaallah dengan berpuasa ini Allah akan memberikan kesihatan yang sebaik-baiknya kepada kita. Hadis Nabi menyebut :

صُوْمُوْا تَصِحُّوْا

Suumuu tasihhuu

Maknanya : Berpuasalah, nescaya kamu akan beroleh kesihatan

Terjemahan perkataan :

صُوْمُوْا   (suumuu) – berpuasalah

 تَصِحُّوْا  (tasihhuu) – kamu sihat

Dalam satu hadis nabi juga bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu”.

Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang di siang hari bulan Ramadhan, isikanlah ia dengan Belajar Bahasa Arab.