04.23.12

Ebook Komunikasi Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 11:48 am by Al-Ustaz

 

EBOOK PANDUAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB

Ebook Komunikasi Bahasa Arab

 

Sila ke: 

http://www.belajarbahasaarab.com

04.16.12

Segalanya Bermula Disini

Posted in Pembelajaran at 2:33 am by Al-Ustaz

Niat yang paling utama mahu mempelajari bahasa arab adalah ingin memahami dan menghayati ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.

Tetapi nak melaksanakan niat yang baik ini tidak semudah seperti belajar Alif Ba Ta. Ya! Banyak yang perlu dihadapi semasa mempelajari bahasa arab. Lebih-lebih lagi jika anda tiada asas langsung mengenai bahasa arab.

Anggap sahaja ini adalah dugaan dan ujian daripada Tuhan Yang Maha Esa. Saya percaya jika anda berjaya melaksanakan niat baik anda untuk mempelajari bahasa arab, niat anda akan dibalas dengan nikmat yang tak terhingga sama ada di dunia atau di akhirat nanti.

Apa yang paling penting adalah BERSABAR menghadapi segala dugaan semasa mempelajari bahasa arab. InsyaAllah anda pasti berjaya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mempelajari bahasa arab adalah memulakan langkah pertama.

Jadi, Apakah langkah pertama itu?

Langkah pertama yang perlu anda mulakan ialah mencari bagaimana cara-cara mempelajari bahasa arab.

Biar ustaz teka. Apa yang ada dalam fikiran anda ialah mencari kelas bahasa arab atau mencari buku/panduan bahasa arab. Betul tak?

Untuk pengatahuan anda setiap langkah pertama yang anda fikirkan itu ada risikonya.

Saya suka mendengar satu ungkapan mengenai risiko iaitu “Jangan mengambil risiko jika anda fikir tidak mampu melakukannya. Anda pasti akan rugi”.

Apakah risiko yang perlu di ambil jika anda mengambil kelas bahasa arab atau membaca buku/panduan bahasa arab? Di bawah saya senaraikan risikonya.

Risiko mengambil kelas bahasa arab

  • Perlu korbankan banyak masa untuk ke kelas bahasa arab
  • Lokasi kelas bahasa arab terlalu jauh dari rumah anda
  • Memerlukan modal yang tinggi (contoh: yuran kelas, minyak kereta dan lain-lain lagi)

Risiko membaca buku/panduan bahasa arab

  • Tiada tempat bertanya jika anda tidak faham sesuatu yang tertulis di dalam buku
  • Anda perlu membaca banyak buku rujukan bahasa arab
  • Anda akan berasa bosan kerana terlalu banyak membaca tetapi tidak faham apa yang cuba buku itu sampaikan

Ini lah risiko yang perlu anda hadapi. Saya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan anda tetapi ini lah yang akan berlaku.

Betul, ada yang berjaya mempelajari bahasa arab selepas menghadari kelas bahasa arab atau membaca buku/panduan bahasa arab tetapi terlalu ramai yang gagal kerana mencuba cara ini. Puncanya ialah tidak mampu menghadapi risiko ini.

Jika anda fikir yang anda mampu menghadapinya, teruskan dengan cara mempelajari bahasa arab di atas. Jika anda rasa tidak mampu, teruskan membaca. Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda.

Jadi, anda mahu mempelajari bahasa arab tetapi tidak mahu mengambil risiko yang tinggi. Bagus! Anda sudah buat keputusan yang bijak.

Rahsia sebenar mempelajari bahasa arab dengan mudah adalah mempunyai buku/panduan bahasa arab DAN mendapat bimbingan guru bahasa arab.

Betul! hanya dua perkara ini sahaja yang anda perlukan untuk mahir bahasa arab. Sebuah buku/panduan bahasa arab dan guru bahasa arab :)

Bagaimana caranya?

Zaman sekarang adalah zaman siber. Segala-galanya di hujung jari. Terima kasih kepada teknologi internet. Segala urusan menjadi mudah.

Ustaz telah mewujudkan sebuah website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab. Tujuan utama ustaz membina website ini adalah untuk membantu golongan yang mahu mempelajari bahasa arab tetapi tiada masa ke kelas bahasa arab atau mereka yang mahu mengurangkan risiko dalam mempelajari bahasa arab.

Apa yang anda akan dapat di dalam website ustaz ialah sebuah ebook/panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website beliau.

Di forum tersebut anda dapat bertanya apa-apa soalan mengenai masalah anda dalam mempelajari bahasa arab dan mendapat bimbingan terus daripada Ustaz.

Konsep yang digunakan adalah belajar bahasa arab secara online. Mudah dan menjimatkan. Anda boleh mempelajari bahasa arab di dalam keselesaan rumah.

Cara ini amat sesuai untuk mengurangkan risiko dalam mempelajari bahasa arab. Hanya satu sahaja masalahnya. Anda perlukan kemudahan internet dan komputer di rumah anda. Jika anda sudah ada, bagus! Anda boleh mulakan sekarang. Jika tiada, saya harap anda boleh dapatkan secepat yang mungkin.

Sebenarnya semua cara-cara belajar bahasa arab ada kelebihannya dan kekurangannya. Apa yang paling penting adalah memilih cara yang anda rasa sesuai dan selesa.

Jika anda suka cara menghadiri kelas bahasa arab, teruskan. Jika anda suka cara belajar bahasa arab melalui buku, boleh juga. Jika anda mahu belajar bahasa arab secara online, mungkin ia sesuai untuk anda.

Belajar bahasa arab secara online hanyalah sekadar pendapat. Ia dapat memberikan kebebasan masa pada anda dan yang paling penting anda rasa selesa dengannya.

Jika anda berminat mempelajari bahasa arab secara online bersama Ustaz, anda boleh ke website ustaz.

http://www.belajarbahasaarab.com

Pesanan: Memulakan langkah pertama mempelajari bahasa arab sangat penting. Ini akan menentukan anda sama ada anda berjaya atau gagal dalam mempelajari bahasa arab. Segalanya bermula disini!..

Memilih Kaedah Mempelajari Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 2:25 am by Al-Ustaz

Sebelum anda membuat keputusan untuk belajar bahasa arab, anda harus mengkaji dahulu apakah kaedah pembelajaran yang sesuai dengan anda?

Ini penting sebab kaedah yang sesuai dapat menentukan sama ada anda berjaya mempelajari bahasa arab sehingga mahir atau anda terpaksa berhenti separuh jalan akibat memilih kaedah yang tidak sesuai.

Di sini ustaz akan senaraikan kaedah-kaedah belajar bahasa arab yang biasa digunakan.

Mungkin penulisan kali ini dapat memberi jawapan apakah kaedah belajar bahasa arab yang sesuai dengan anda.

Ada 3 jenis kaedah belajar bahasa arab iaitu:

1. Menghadari Kelas Bahasa Arab

Kelebihan kaedah ini, anda dapat berjumpa dengan orang yang mengajar bahasa arab dan anda boleh bertanya soalan pada mereka jika anda menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa arab.

Orang yang mengajar bahasa arab itu akan mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah anda dan mengajar anda sehingga anda mahir dalam bahasa arab.

Kaedah ini sesuai untuk anda jika anda mempunyai kelapangan masa. Anda juga perlu mendisiplinkan diri untuk menghadiri kelas bahasa arab setiap minggu sebab jika anda terlepas waktu kelas bahasa arab walaupun sehari, anda mungkin akan menghadapi masalah.

2. Buku/Video Bahasa Arab

Mungkin anda terfikir kaedah belajar melalui buku sesuai untuk anda jika anda tiada kelapangan masa ke kelas bahasa arab. Sebenarnya belajar melalui buku tidak lah semudah apa yang anda fikirkan.

Memang betul, belajar melalui buku, anda dapat belajar mengikut masa anda sendiri tetapi anda mungkin menghadapai masalah sebab anda tiada tempat untuk bertanya jika anda tidak dapat memahami sesuatu yang ditulis di dalam buku.

Ini akan melambatkan anda untuk mahir bahasa arab dan mungkin anda akan berputus asa dan berhenti belajar di separuh jalan.

Saya cadangkan buku bahasa arab dijadikan sebagai tempat rujukan dan tempat menambah ilmu. Anda masih memerlukan seorang guru untuk membimbing anda dalam mempelajari bahasa arab.

3. Belajar Bahasa Arab Secara Online

Belajar Bahasa Arab secara Online adalah kaedah yang sesuai untuk anda jika anda tiada masa ke kelas bahasa arab. Berbeza dengan belajar melalui buku, belajar secara online anda boleh berkomunikasi dengan tenaga pengajar secara online jika anda mengalami masalah.

Kebiasaannya anda akan diberikan sebuah panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website bahasa arab di mana anda boleh bertanya pelbagai soalan dan mendapatkan bantuan di forum tersebut.

Kaedah ini memberikan masa yang fleksibel. Maknanya anda belajar mengikut masa dan tempat anda sendiri asalkan di tempat anda mempunyai kemudahan komputer dan sambungan internet.

http://www.belajarbahasaarab.com

Masa Mempelajari Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 2:21 am by Al-Ustaz

Mungkin anda sibuk bekerja dan tercari-cari masa yang sesuai untuk belajar bahasa arab. Pada waktu cuti pula anda banyak habiskan masa untuk keluarga atau kawan-kawan. Bila ada sedikit masa untuk belajar terasa macam malas pula.

Sebenarnya ramai yang mengalami masalah yang sama. Ustaz akui memang agak sukar untuk membahagikan masa antara kerja dan belajar.

Mungkin tips ini dapat membantu anda memilih waktu yang sesuai untuk belajar bahasa arab.

  • Jangan belajar pada waktu lapar dan mengantuk. Gerenti tak boleh fokus
  • Pilih jangka masa belajar yang sesuai mengikut keselesaan anda. Seperti saya, maksimum saya belajar adalah 3 jam sehari
  • Jika mata terasa penat ketika belajar, rehat sebentar sambil memandang benda hijau seperti pokok untuk merehatkan mata
  • Buat jadual belajar dan pastikan waktu belajar tidak hampir dengan aktiviti yang memenatkan
  • Mulakan dengan sedikit iaitu belajar 2 hari seminggu. Kemudian tingkatkan ke 3 hari seminggu dan seterusnya
  • Disiplinkan diri dan jangan tangguhkan waktu belajar

Itu antara tips memilih masa belajar yang ustaz dapat kongsikan di sini. Ustaz harap tips ini berguna untuk anda dan dapat membantu menguruskan masa anda untuk belajar bahasa arab.

http://www.belajarbahasaarab.com

Tips Belajar Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 2:10 am by Al-Ustaz

Ramai yang berpendapat bahasa arab itu sangat susah. Memang betul, pada permulaannya belajar bahasa arab mungkin memang nampak susah di fikiran anda.

Tetapi, anda tak perlu risau. Sekarang terdapat pelbagai teknik dan tips yang dapat membantu anda mempelajari bahasa arab dengan mudah.

Hari ini ustaz nak berkongsi satu teknik bagaimana anda dapat belajar bahasa arab dengan mudah. Teknik ini biasanya digunakan oleh pelajar sekolah yang ingin menguasai bahasa Inggeris.

Tapi tak salah jika kita gunakan ia untuk menguasai bahasa lain.

Caranya adalah menghafal lima ke sepuluh perkataan sehari. Teknik ini amat berkesan.

Jika anda dapat menghafal sepuluh perkataan sehari bermakna anda akan berjaya menghafal 300 perkataan sebulan dan seterusnya.

Mulakan perkataan dan ayat yang mudah dan selalu kita gunakan. Contohnya:

“Kaifa haluk?”
“apa khabar saudara”

“Ana bikhair wal hamdulillah”
“saya baik dan alhamdulillah”

Dua ayat di atas bermakna anda telah mempelajari enam perkataan bahasa arab hari ini. :) Mudah bukan?

http://www.belajarbahasaarab.com

07.28.09

Belajar Buat Website

Posted in Pembelajaran at 1:37 pm by Al-Ustaz

Internet telah menjadi keperluan pada hari ini. Adakah anda mahu menjadi pengguna sahaja? Mahukah anda mempunyai website sendiri seperti www.belajarbahasaarab.com atau www.panduanhajiumrah.com ?  Sesiapa yang ingin belajar buat website, sila daftar di sini :

DAFTAR

Ustaz akan membantu dan membimbing anda membuat website langkah demi langkah.

05.11.09

Semula

Posted in Pembelajaran at 6:49 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

 سَأُكَرِّرُهَا مِنْ جَدِيْدٍ

Saukarriruhaa min jadiid

Maknanya : Saya akan mengulanginya semula

Cuba anda buat ayat anda sendiri yang mengandungi perkataan ’semula’. Ustaz akan semak jawapan anda.

 

11.19.08

Tips Belajar Bahasa Arab

Posted in Pembelajaran at 3:33 pm by Al-Ustaz

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.

Ada juga yang bertanya “Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tips mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?”Sehubungan itu, penulis inigin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. 

Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima. 

Dengan ertikata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat Al-Quran dan al-Hadis. Pendekatan belajar mudah bahasa Arab ini menggabungkan beberapa elemen penting dan beberapa konsep unik yang kita abaikan sebelum ini. Antara konsep itu ialah: 

Pertama : Konsep Memanfaatkan Kelebihan Memiliki Kata Pinjaman. 

Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab. 

Dalam peperiksaan Bahasa Arab SPM, calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya sangat senang kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini. 

Untuk itu, satu kaedah baru telah diperkenalkan yang diberi nama MUKADDAM. Kaedah MUKADDADAM ini adalah singkatan (“Membandingkan Unsur-unsur Kalimah Arab Dengan Dialek Alam Melayu”). Ia adalah satu pendekatan mudah belajar bahasa Arab terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sudah menguasai Bahasa Melayu. Konsep yang ingin diketengahkan sebenarnya cukup mudah. 

Setiap hari cuma satu kata pinjaman sahaja yang akan dihuraikan, digunakan dan dipraktikkan. Inilah yang dikatakan, sehari sehelai benang, lama-kelamaan menjadi selembar kain. Begitu juga dalam konteks belajar bahasa Arab yang mudah ini. Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan “as-hala qamusin”. Apa yang dimaksudkan dengan “as-hala qamusin” ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami. 

Kedua : Konsep Zikrullah 

Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawaban yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar saudara?” Jawabannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya baik dan alhamdulillah”.

Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawaban “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain. 

Ketiga : Konsep Panggilan Mesra 

Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya… (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan. 

Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi. 

Keempat : Konsep Intonasi  

Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi. 

Sebagai contohnya perkataan “La” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “la” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya. 

Kelima : Konsep Bahasa Badan 

Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka. 

Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru. 

Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab? 

Keenam : Konsep Pengukuhan Dengan ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmat  

Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklumi, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikamt dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini. 

Sehubungan itu kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.

Untuk memudahkan anda belajar bahasa arab, beli ebook Panduan Belajar Bahasa Arab di www.belajarbahasaarab.com, untuk membeli bank in RM60 (Siri 1) / RM60 (Siri 2) / RM120 (Siri 1 & 2) ke dalam akaun maybank ustaz no: 164173632578. Setelah membuat pembayaran, beritahu ustaz melalui email admin@belajarbahasaarab.com dan ustaz akan hantarkan ebook tersebut kepada anda.

Ustaz Abd Rahman bin Jamaan

08.19.08

Hadapan

Posted in Pembelajaran at 12:57 am by Al-Ustaz

Ayat untuk hari ini :

سَنُوَاجِهُ رَمَضَانَ فِيْ الشَّهْرِ القَادِمِ

Sanuaajih ramadhaan fisyyahril qoodim

 

( Sila tekan player untuk mendengar sebutan ayat ) 

Maknanya : Kita akan berjumpa ramadhan pada bulan hadapan

Terjemahan perkataan :

سَنُوَاجِهُ (sanuaajih) – kita akan menghadapi (berjumpa)

رَمَضَانَ  (ramadhaan) – bulan ramadhan

 فِيْ (fii) – pada

الشَّهْرِ  (al-syahri) – bulan

القَادِمِ  (al-qoodim) – hadapan

Sekarang, cuba anda buat ayat sendiri menggunakan perkataan ‘hadapan’, contohnya saya akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan, saya akan berjumpa kawan saya pada bulan hadapan dan sebagainya. Sila tulis jawapan anda pada ruangan ‘komen’.

06.27.08

Bahasa Arab Melalui Al-Quran

Posted in Pembelajaran at 4:50 am by Al-Ustaz

Penggunaan al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu bahasa Arab terutama nahu (grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang utama oleh para nuhat (ahli-ahli nahu) sejak zaman berzaman. Bermula daripada Abu Aswad al-Duali yang telah menyahut seruan saidina Ali K.W dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan al-Quran. 

Sibaweih (180H) dalam bukunya ‘al-Kitab’ juga menggunakan dalil ayat-ayat al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu. Penggunaan dalil daripada ayat-ayat al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu dipanggil dengan istilah “syahid al-quran”. Syahid al-quran yang pertama digunakan oleh Sibawieh di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk pertama tentang ilmu nahu. 

Sekiranya dilihat pula Ibnu Hisham (761H) maka beliau juga menggunakan syahid al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu bahasa Arab. Di dalam bukunya “syarh qatr al-nada wa bal al-sada” penggunaanya (syahid al-quran) yang pertama adalah dalam bab al-kalimah apabila beliau membawa ayat al-quran sebagai dalil kepada jumlah mufidah. 

Begitu juga Ibnu ‘Aqil (769H) yang juga tidak ketinggalan dalam menggunakan syahid al-Quran ini di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu. Syahid al-Quran yang pertama di dalam kitabnya “syarh ibn ‘Aqil” ialah apabila beliau memperkatakan juga tentang al-kalam (iaitu al-kalimah). 

Jikalau ada pihak yang mengatakan Ibnu Hisham dan Ibnu ‘Aqil kedua-duanya adalah “syarih” (orang yang melakukan huraian) kepada matan Ibnu Malik (alfiah) yang bersifat “nazam atau syair” maka sepatutnya lah mereka menggunakan al-Quran, maka kita lihat pula kepada ulama-ulama nahu yang melakukan huraian kepada matan al-ajrumiyah (bukan syair) yang juga menggunakan syahid al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu. 

Kita ambil contoh al-Syeikh muhammad Ab al-Bariy (1298H) yang telah menulis nota tentang matan bekenaan menggunakan syahid al-Quran pada permulaan bab nahu lagi iaitu bab al-ikrab dan al-bina’ manakala al-syarih bagi matan al-ajrumiyyah pula iaitu al-Syiekh muhammad al-Ra’aini menggunakan syahid al-Quran, dan syahidnya yang pertama datang dari bab al-kalam. 

Sekiranya kita perhatikan ulama-ulama nahu terdahulu, mereka sangat berpegang teguh dengan al-quran di dalam pengajaran mereka tentang kaedah-kaedah nahu. Sehinggakan pada permulaan bab lagi mereka telah menggunakan al-Quran sebagai bukti atau dalil ketepatan kaedah yang dibawa. 

Tetapi apabila kita merujuk kepada kitab-kitab pengajaran nahu yang ditulis oleh ulama-ulama kini, maka kita dapati sebahagian daripada mereka menggunakan al-quran dan sebahagian yang lain pula tidak menggunakan al-quran langsung di dalam menerangkan kaedah-kaedah nahu. 

Di antara kitab-kitab nahu yang masih menggunakan al-quran sebagai bukti ketepatan kaedah nahu adalah seperti kitab ‘jami al-durus’ yang dikarang oleh al-Ghalayini (1912), kitab ‘al-tatbiq al-nahwi’ karangan Dr. Abduh al-Rajihi (1988), dan juga kitab terbaru yang mengemukakan huraian (syarh) kepada matan al-ajrumiyyah yang telah dilakukan oleh Muhammad Mahyu al-Din Ab Hamid yang dinamakan dengan ‘al-tuhfatu al-saniyyah’ juga tidak ketinggalan menggunakan syahid al-quran sebagai hujjah membuktikan ketepatan nahu bahasa Arab. 

Manakala kitab-kitab yang tidak menggunakan syahid al-quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu adalah seperti kitab ‘al-nahwu al-wadhih’ tidak menggunakan syahid al-quran pada kedua-dua jilid (untuk marhalah ibtidaiyah dan thanawiyyah). Begitu juga buku-buku ringkasan nahu bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan syahid al-Quran ini. 

Kesimpulan daripada kajian yang sedikit ini (jika boleh dikatakan) bahawa terdapat kaitan yang jelas di antara menggunakan syahid al-quran dalam kaedah pengajaran bahasa Arab dengan penguasaan ilmu bahasa Arab itu sendiri dalam kalangan pelajar-pelajar. Maksudnya, kemungkinan kesukaran pelajar-pelajar dan kelemahan mereka menguasai ilmu bahasa Arab kerana mereka kini telah jauh daripada al-Quran itu sendiri yang mana suatu ketika dahulu didekatkan oleh guru mereka melalui kaedah penggunaan syahid al-Quran. 

Hal ini demikian kerana kaitan al-quran itu sendiri dengan bahasa Arab adalah diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tidak sempurnalah jari yang tidak mempunyai kuku tetapi hanya ada isinya sahaja dan begitulah sebaliknya. 

Jadi usaha untuk memantapkan kembali penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah dengan mengembalikan mereka kepada kaedah sebagaimana yang diasaskan oleh ulama terdahulu, di antaranya adalah menggunakan al-Quran di dalam pengajaran nahu bahasa Arab itu sendiri. 

Sesungguhnya mukjizat al-quran yang maha suci itu memungkinkan pelajar mudah faham tentang kaedah-kaedah nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah kini. Mudah-mudahan usaha mengembalikan al-quran bersama kaedah pengajaran nahu akan memantapkan kembali penguasaan nahu dan bahasa Arab itu sendiri. 

 

 

« Previous entries Next Page » Next Page »