dan
masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja
niat anda untuk mempelajari Bahasa Arab.
Sebelum
saya menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan serba
sedikit latar belakang saya.
Saya
adalah Pensyarah Kanan Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Johor, Kampus Segamat. Berpengalaman berkhidmat sebagai
Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM). Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari
Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan
Arab dari Univerisiti Al al-Bayt Jordan.
Saya
tidak mendakwa diri saya sebagai pakar, tetapi saya tahu apa yang
diingini oleh pelajar-pelajar terutamanya dari kalangan orang-orang
Melayu di Malaysia. Yang paling penting, saya tahu sistem
pembelajaran Bahasa Arab apa yang praktikal dan boleh difahami
dengan mudah oleh rakyat Malaysia. Ini kerana saya telah berpengalaman
mengajar Bahasa Arab selama 20 tahun kepada umum sejak 1999.
Segala apa yang saya usahakan ini juga sebenarnya adalah untuk
memenuhi permintaan ramai dan tanggungjawab saya untuk menyebarkan
pengetahuan ini kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak sekadar
di Institusi Pengajian Tinggi sahaja.
Untuk mempelajari Bahasa Arab, anda perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan asas dan pendekatan yang paling mudah. Cara mempelajarinya
pula adalah melalui orang yang berpengalaman, dan tahu segala
aspek tentang pengetahuan ini.
Yang
Benar
USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
|
Tahukah
anda?
-
Bahasa
Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab?
Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya
yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa
Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang
ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu
Al-Jazeera.
-
Perkataan-perkataan
yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh
sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna
setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk
menjadikan solat kita lebih khusyuk!
Kini,
ada cara mudah untuk mempelajari Bahasa Arab.
Bukan
lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak
kira apa saja profesion anda. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat,
di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada.
Anda
tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi
jalanraya yang sesak untuk pergi ke kelas-kelas semata-mata untuk mendapatkan
ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.
Mudah
sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui Ebook saya “PANDUAN
MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB”.
|
PANDUAN
MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 1 )
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 120 ms
Harga: RM60.00
Sinopsis
: Ebook ini menerangkan
kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk
mempelajari Bahasa Arab. Setiap tajuk di dalam ebook
ini, akan diterangkan dengan jelas dan teratur dengan
gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami.
Setiap perkataan Arab akan diterjemah ke dalam Bahasa
Melayu dan dinyatakan penggunaannya yang betul.
Segala
pelajaran yang diterangkan akan disusuli dengan latihan
yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman
pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari. |
|
|
PANDUAN
MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 2 )
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 120 ms
Harga: RM60.00
Sinopsis
: Ebook ini menerangkan kepada
anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa
Arab sebagai lanjutan daripada Ebook Siri 1. Ia mengekalkan
keadah penerangan yang jelas dan teratur dengan gaya Bahasa
Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat lebih banyak
perkataan-perkataan Bahasa Arab yang digunakan dan diterjemah
ke dalam Bahasa Melayu berserta penggunaannya yang lebih terperinci.
Pelajaran-pelajaran
dan kaedah-kaedah baru di dalam Ebook Siri 2 ini disusuli dengan
latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman
pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari. |
PANDUAN
MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB ( Siri 3 ) :
KOMUNIKASI CEPAT & PANTAS
Penulis: USTAZ ABD RAHMAN BIN JAMAAN
Bil M/S: 160 ms
Harga: RM90.00
Sinopsis : Ebook ini mengandungi ayat-ayat ringkas Bahasa Arab yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Ia adalah 100% praktikal untuk anda menguasai kemahiran perbualan dalam Bahasa Arab melalui soalan dan jawapan dan dialog yang mudah.
Setiap satu soalan dialog akan disertakan dengan pelbagai kaedah jawapan. Ini bertujuan agar pelajar dapat mengembangkan idea untuk menjawab sesuatu soalan, dan tidak hanya terikat dengan satu jawapan. Ia dipermudahkan dengan transliterasi, makna dan gambar berwarna.
CONTOH ISI KANDUNGAN EBOOK SIRI 3
|
Ebook
ini juga akan mengajar anda perkataan-perkataan asas Bahasa Arab dan
ayat-ayat yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian. Ia amat
mudah dipraktikkan dan boleh dijadikan panduan berkomunikasi yang cukup
efektif.
Ebook
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini akan menjadi panduan anda terutama
yang begitu berminat untuk mempelajari Bahasa Arab. Anda boleh mendapatkannya
pada bila-bila masa sahaja, tak kira dimana sahaja anda berada.
Dengan
ini, izinkan saya membawa anda ke alam pembelajaran Bahasa Arab dengan
cara yang anda inginkan, mudah, berkesan, sistematik dan praktikal.
Izinkan saya membimbing anda sehingga anda boleh menguasai pengetahuan
ini dan dapat menggunakannya untuk keperluan diri anda seharian.
Antara
kandungan di dalam Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini :
-
Anda
dapat mengenal huruf-huruf Bahasa Arab, sebutannya dan cara penulisannya
yang betul.
-
Latihan
yang praktikal di dalamnya dapat memahirkan anda menulis dengan
betul menggunakan tanda baris yang sesuai.
-
Anda
dapat mengetahui dan mempraktikkan ayat-ayat penting Bahasa Arab
dalam komunikasi seharian.
-
Ciri-ciri
dan pecahan-pecahan perkataan Bahasa Arab akan lebih jelas dan mudah
anda fahami.
-
Anda
dapat mengelakkan kekeliruan di dalam penggunaaan gantinama Bahasa
Arab serta dapat mengaplikasikannya dengan pantas melalui contoh-contoh
dan latihan-latihan yang komprehensif
-
Struktur
pembinaan ayat Bahasa Arab yang betul akan dapat anda pelajari dengan
teratur melalui penerangan yang terperinci.
Apakah
kelebihan-kelebihan yang akan anda perolehi daripada Ebook Panduan Mudah
Belajar Bahasa Arab ini? :
Ia ditulis di dalam Bahasa Melayu untuk menjadikannya
ebook panduan paling mudah dan berkesan serta laris di pasaran.
Ia ditulis oleh pensyarah yang telah berpengalaman luas
mengajar Bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi lebih 20
tahun.
Ia memberi gambaran jelas tentang Bahasa Arab serta penggunaanya dalam
kehidupan seharian.
Ia memberikan ilmu pengetahuan serta asas-asas dalam pelajaran Bahasa
Arab dengan bahasa yang ringkas dan paling mudah difahami
oleh semua.
Setiap pembaca ebook panduan ini akan dapat memantapkan lagi
penghayatannya terhadap isi kandungan Al-Quran dan
doa-doa yang sering dibaca setiap hari dan ia semestinya menjadi rujukan
utama kepada setiap pengguna ilmu pengetahuan yang berteraskan bahasa.
Ebook panduan ini amat baik dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja
dalam mengejar impian mempelajari Bahasa Arab berdasarkan
teknik-teknik yang betul.
Padat dengan latihan-latihan yang komprehensif. Setiap
penerangan disertakan dengan contoh-contoh mudah, jelas dan senang
difahami.
Ia dapat menjawab segala persoalan anda yang tidak dapat diselesaikan
selama ini terutama bagi mereka yang sedang mempelajari Bahasa Arab.
Sudah pasti ia menepati dan dapat memenuhi kehendak pembelajaran
anda.
Ebook panduan mudah ini adalah pelengkap bagi setiap orang yang ingin
mempelajari Bahasa Arab secara teratur dan menyeluruh. Ia amat
sesuai digunakan untuk rujukan setiap pelajar dan sesiapa
sahaja serta boleh mempelajarinya dengan tenang.
Ia boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak-anak
anda belajar Bahasa Arab sejak kecil lagi di rumah anda sendiri. Anda
boleh membantu anak-anak anda mempelajari Bahasa Arab menggunakan
ebook panduan ini.
Bagi golongan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka
melanjutkan pelajar ke luar negeri perlu mendapatkan ebook panduan
ini. Dengan adanya ebook panduan ini, anak-anak anda akan
dapat menguasai Bahasa Arab dengan mudah sebagai persediaan
melanjutkan pelajaran.
Ia juga penting untuk bakal-bakal haji yang akan
mengerjakan haji atau mereka yang berhajat untuk melancong atau yang
ditugaskan ke negara-negara Timur Tengah. Pengetahuan berbahasa Arab
adalah merupakan satu kelebihan kepada mereka apabila berada di sana.
Ebook panduan ini juga menjadi pencetus kepada bidang-bidang
kajian ilmu yang lebih luas seperti ilmu tafsir dan seterusnya
mengingkatkan penghayatan setiap pembaca terhadap tanda-tanda kebesaran
Allah.
Kerana itu, ebook panduan ini dapat memenuhi apa yang diinginkan oleh
orang-orang melayu dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya walaupun
tiada asas langsung di dalam Bahasa Arab.
Ia adalah kesinambungan daripada usaha-usaha ulama' terdahulu yang
mengorbankan masa dan tenaga demi menyebarkan penggunaan Bahasa Arab
ke seluruh dunia.
Semestinya ia menjimatkan masa dan tenaga.
Oleh
yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan
ilmu pengetahuan Bahasa Arab kepada anda semua, khususnya kepada seluruh
rakyat Malaysia untuk kita sama-sama menambah ilmu di dada dan seterusnya
menjadi bekalan kita di kemudian hari!.
Apa
Kata Mereka?... |
|
“Saya
mula mempelajari Bahasa Arab secara bersendirian sejak 3
tahun lepas, tetapi saya rasakan saya masih lagi tidak dapat
menguasai dan memahaminya dengan jelas. Saya hampir berputus
asa. Tetapi syukurlah! Saya menjumpai Ebook Panduan Mudah
Belajar Bahasa Arab dari pencarian saya di Internet ini.
Sukar nak percaya… selepas 1 bulan, saya sudah mula
berkeyakinan untuk bertutur di dalam Bahasa Arab!”.
Khairul
Anwar Yahaya, 31 tahun – Bangi, Selangor
|
|
|
|
“Sudah
berbagai-bagai jenis buku Bahasa Arab yang saya beli di
pasaran, dan sudah berbagai-bagai program pembelajaran online
yang saya ikuti, tetapi jarang saya berjumpa panduan yang
boleh menerangkan pembelajaran Bahasa Arab di dalam Bahasa
Melayu, dan saya masih tercari-cari panduan itu, kerana
bagi saya, penerangan di dalam Bahasa Melayu amat penting
dan akan lebih saya fahami. Alhamdulillah akhirnya saya
berjumpa dengan Ebook Panduan ini dan ia benar-benar
telah dapat membantu saya untuk memahami perkataan-perkataan
di dalam Al-Quran! ”.
Azlina
Wahab, 29 tahun – Seremban, Negeri Sembilan |
|
|
|
“Saya
memang kenal Ustaz Abd Rahman. Saya pernah belajar dari
beliau di Universiti dulu. Beliau mempunyai kepakaran di
dalam pengajaran Bahasa Arab kepada umum. Saya sentiasa
memberi cadangan kepada beliau untuk menulis ebook panduan
di dalam Bahasa Melayu yang boleh memberikan kefahaman yang
sebenar kepada pelajar-pelajar yang ingin mempelajari Bahasa
Arab. Tak sangka pula, beliau mengambil berat tentang perkara
ini dan beliau telah memenuhi permintaan kami dan mungkin
permintaan seluruh rakyat Malaysia yang menunggu-nunggu
kemunculan ebook panduan ini. Dengan adanya ebook panduan
ini, mudah-mudahan ia akan memberikan kemudahan
kepada semua dan sesungguhnya ia adalah sumbangan paling
berharga beliau kepada anak bangsa! ”.
Mohd
Kamil bin Jaafar, 25 tahun – Shah Alam, Selangor |
|
Jadi!
Usah berlengah lagi! Buat pesanan anda sekarang!…
Hanya
RM60 sahaja untuk "Ebook Panduan Mudah
Belajar Bahasa Arab" yang sukar anda perolehi di pasaran
terbuka! Cepat! Dapatkan salinan anda sekarang juga!.
OPS!
Nanti Dulu! Dengan pembelian Ebook Panduan Mudah Belajar
Bahasa Arab ini, anda akan mendapat ganjaran istimewa dari saya:
Keahlian
EKSKLUSIF dalam Group Whatsapp BelajarBahasaArab!
- Group whatsapp ini adalah eksklusif untuk ahli sahaja!
- Dalam
group ini, anda mempunyai kelebihan untuk mengajukan apa sahaja
isu berkaitan pembelajaran Bahasa Arab. Tanyalah apa sahaja,
kita akan membincangkannya bersama-sama.
- Berkongsi
cerita, atau apa sahaja pengalaman anda di dalam mempelajari
Bahasa Arab.
Lebih
hebat lagi…
- Anda
berpeluang untuk berkomunikasi sesama ahli-ahli group yang
lain dan dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi…
Lebih
ramai, lebih meriah, lebih berkesan! |
“Apabila
mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara
; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya”
Maksud Hadis
“Sampaikan
daripadaku walaupun sepotong ayat” Maksud Hadis
Diskaun:
SEKIRANYA ANDA MEMBELI SIRI 1, 2 & 3,
HARGA CUMA RM200 SAHAJA
Jika
Berminat! Sila pilih salah satu kaedah pesanan dibawah!
Kursus
| Perkhidmatan
| Blog
| FAQ
|Sertai
Affiliate Program Kami| Beritahu
Rakan